PRK Pulai dan Simpang Jeram menyaksikan pertembungan tiga penjuru

August 26, 2023 · Politik

Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 Sept ini, masing-masing bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Bagi Parlimen Pulai, calon-calonnya terdiri daripada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Suhaizan Kaiat dari Pakatan Harapan (PH), Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi, calon bebas yang akan menggunakan simbol kunci, menurut laporan Bernama.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus pada kira-kira pukul 10.20 pagi.

Terdahulu, Suhaizan yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi, diikuti Zulkifli dua minit kemudian, manakala Samsudin pada 9.08 pagi.

Di MUAR, tiga calon yang diumumkan layak bertanding ialah calon PH, Nazri Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, calon PN iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya dan calon bebas yang merupakan ahli perniagaan, S.Jeganathan.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya N13 Simpang Jeram Jamil Hasni Abdullah pada 10.10 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar di sini hari ini .

Terdahulu, Jamil Hasni memaklumkan, borang pencalonan daripada Dr Mohd Mazri, yang merupakan pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular, diterima pada 9.04 pagi, diikuti daripada Nazri, bekas jurutera di Majlis Perbandaran Muar pada 9.08 pagi dan Jeganathan pada 9.18 pagi.

Jeganathan akan menggunakan simbol gajah pada PRK berkenaan.

Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Pulai mempunyai 166,653 pemilih dengan 165,799 pengundi biasa; 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) luar negara 26 orang.

Kumpulan pengundi terbesar di Parlimen Pulai meliputi lingkungan umur 21 hingga 29 tahun iaitu 21.05 peratus daripada jumlah pengundi atau 35,074, orang; diikuti 34,235 pengundi (20.5 peratus) daripada umur 30 hingga 39 tahun, manakala kategori 40 hingga 49 tahun mencatatkan 32,271 orang (19.3 peratus).

Sementara itu bagi DUN Simpang Jeram pula melibatkan 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir, berada di luar negara.

Kumpulan pengundi terbesar di DUN Simpang Jeram meliputi lingkungan umur 30 hingga 39 tahun iaitu 23.1 peratus daripada jumlah pengundi atau 9,326 orang, diikuti 9,160 pengundi (22.6 peratus) daripada umur 21 hingga 29 tahun, manakala kategori 40 hingga 49 tahun mencatatkan 7,113 orang (17.6 peratus).

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga 11.59 pada 8 Sept dengan pengundian awal 5 September dan hari pengundian pada 9 September.

Kedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.

Timbalan Presiden Amanah itu mempertahankan kedua kerusi berkenaan buat kali kedua selepas memenanginya pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac tahun lepas dan Pilihan Raya Umum ke-15, Nov tahun lepas.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu· Isu semasa
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023· Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok