PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin

October 3, 2023 · Politik

Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai boleh memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan campuran yang gagal menyelesaikan permasalahan rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata walaupun kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai tidak akan mengubah komposisi dalam DUN Pahang, namun ia boleh menjadi satu platform untuk rakyat menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan gagal dalam menangani pelbagai isu melanda negara ketika ini.

“PRK Pelangai untuk rakyat bersama kita memberikan isyarat jelas.

“Ya, (kemenangan) tak akan mengubah (komposisi) kerajaan kerana tambah satu (kerusi sahaja). (Ia juga bermakna) kurang empat (kerusi sahaja berbanding kerajaan negeri),” katanya dalam sesi dialog bersama NGO Melayu di Simpang Durian.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menolak lanskap politik di Pahang boleh berubah apabila kemenangan PRK Pelangai akan dapat menyedarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) yang kini terpaksa menjadi rakan dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH).

“Mungkin nanti ada YB UMNO sedar kesilapan dan ingin masuk jemaah kita. (Jika ia berlaku) Insya-Allah Tuan Ibrahim (Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man) bakal menteri besar Pahang,” katanya lagi.

Untuk rekod, Pahang setakat ini tiada undang-undang antilompat parti yang dapat menghalang ADUN keluar daripada parti yang dianggotainya ketika menang pilihan raya.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), BN menang di 16 kerusi DUN di Pahang manakala PN mendapat 17 kerusi. BN kemudian menubuhkan kerajaan negeri dengan PH yang memiliki lapan kerusi DUN.

PRK Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Amizar Abu Adam, Kasim Samat (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
PRK Kemaman buka tirai hari ini dengan penamaan calon
November 18, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
50 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok