PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru

September 23, 2023 · Politik

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Tiga calon tersebut terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong Datuk Amizar Abu Adam dari BN, Naib Yang Dipertua PAS Bentong Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kereta, lapor Bernama.

Perkara berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai Datuk Mohammad Shahid Ismail pada 10.16 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.

Mohammad Shahid memaklumkan Amizar, 50, yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada 9.01 pagi diikuti Kasim, 63, seminit kemudian dan Haslihelmy, 36, pada 9.08 pagi.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga 11.59 malam pada 6 Okt dengan pengundian awal pada 3 Okt.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Terdahulu, Amizar tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Kasim yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi DUN itu pula diiringi Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Pengerusi PN Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

PRK Pelangai, yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pahang, diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.

Pada PRU15, Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim (PN), Ahmed Wafiuddin daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Pejuang Isa Ahmad.

Komposisi DUN Pahang selepas PRU15 adalah BN dan PN masing-masing mendapat 17 kerusi manakala PH menang lapan kerusi. Kerajaan Pahang terbentuk dengan kerjasama BN dan PH.

Berita berkaitan
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
1 jam lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok