Populariti bukan jaminan menang PRN

July 31, 2023 · Politik

Setiap kali selebriti tanah air bertanding dalam pilihan raya, ia akan menarik perhatian ramai.

Hakikatnya, artis terlibat dengan politik bukanlah perkara asing di negara ini. Sebelum ini pun terdapat beberapa nama seperti Shahrol Shiro,  Dira Abu Zahar, Aishah, Herman Tino, Dayang Ku Intan, Anne Ngasri dan ramai lagi yang terlibat serius dalam politik.

Di negara jiran, Indonesia ramai selebriti yang menjadi ahli politik, antaranya Rhoma Irama, Krisdayanti, Anang Hermansyah, Rano Karno dan Desy Ratnasari.

Di Amerika Syarikat, antara selebriti yang terlibat ialah bintang filem Terminator, Arnold Schwarzenegger yang pernah menjadi Gabenor California. Dua bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Ronald Reagan dan Donald Trump juga asalnya seorang selebriti.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, artis rapper terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet menjadi tumpuan rakyat.

Calon PH itu akan berdepan dengan calon PN Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Ketua Penerangan PAS Ampang.

Selain itu, antara figura lain yang dilihat bakal membuktikan pengaruh dan relevansi selebriti dalam membantu meraih undi rakyat adalah bekas pemain skuad Kedah, Baddrol Bakhtiar yang dilaporkan bakal bertanding atas tiket PN di DUN Gurun.

Katanya, penghijrahan itu dilakukan atas dasar kagum dengan keberanian Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Noor. Berbeza dengan artis, Baddrol dilihat mempunyai sumbangan besar sebagai bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman FC. Sumbangan beliau sebagai atlet sukan negeri Kedah dilihat dekat rakyat.

Cerita selebriti menjadi calon ini bukanlah baharu. Sebelum ini Azwan Ali, Aishah, Herman Tino, Datuk Eizlan Yusof dan Lando Zawawi pernah mencuba Nasib pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Satu-satunya artis yang berjaya dan bergelar wakil rakyat adalah calon BN, Datuk Khaidiriah Abu Zahar atau Dira selepas memenangi PRN Melaka bagi DUN Rim pada 2021.

Dalam dunia hiburan mungkin populariti membantu mereka untuk berjaya dalam karier selebriti tetapi itu tidak sama dalam politik kerana bentuk sumbangan diberikan kepada rakyat itu diambil kira.

Ini berbeza dengan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan kriteria dipilih adalah mereka yang mempunyai rekod yang baik dan diterima di kawasan setempat.

Menurut Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk. Dr. Ismail Sualman, tindakan PKR meletakkan Altimet bagi kerusi dalam Parlimen Ampang itu dilihat sebagai strategi untuk menarik pengundi muda yang peratusannya tinggi di kawasan tersebut.

“Apapun strategi yang dilakukan,  saya berharap selebriti yang diangkat menjadi lidah ­rakyat perlu menjaga dan melindungi hak-hak pengundi dengan baik, bukan menggunakan kuasa untuk mengejar populariti,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Sulaiman nafi akan letak jawatan KM Melaka, Rauf hanya memangku
December 26, 2022
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok