PN umum tanding semua 28 kerusi, sah pertandingan banyak penjuru

November 6, 2021 · Politik

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan semua calonnya yang akan bertanding bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada 20 November ini, ia sekaligus bakal menyaksikan pertandingan banyak penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Daripada 28 kerusi tersebut, Bersatu akan bertanding 15 kerusi, lapan dari PAS dan lima lagi dari Gerakan.

Pengumuman calon tersebut dibuat Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini yang dihadiri Presiden parti komponen lain, bagaimanapun Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dapat hadir kerana berada dalam program muktamar tahunan parti itu.

PAS akan bertanding di Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Duyong, Serkam, Kelebang dan Merlimau.

Hanya kawasan Kelebang saja PAS dijangka tidak akan berdepan dengan cabaran Umno kerana BN menyerahkan kerusi tersebut kepada MCA.

Sementara itu Bersatu pula akan berdepan UMNO di 11 kerusi yang akan ditandinginya.

Pengerusi Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen akan bertanding di kawasan Teluk Mas dan bukan di kerusi DUN Paya Rumput yang ditandinginya pada 2018 sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah pula akan bertembung Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Tanjong Bidara.

Awal hari ini, Barisan Nasional (BN) juga mengumumkan bertanding semua 28 kerusi di Melaka.

Suruhanhaya Pilihan Raya (SPR) menteapkan Isnin ini sebagai hari penamanaan calon PRN Melaka manakala proses pengundiannya pada 20 November ini.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok