PN sokong Ismail Sabri untuk elak individu tak disukai rakyat jadi PM

February 28, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO menjadi Perdana Menteri (PM) kesembilan kerana tidak mahu individu yang majoriti rakyat tidak suka, menduduki jawatan itu.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mendedahkan individu berkenaan berkata situasi yang dihadapi ketika itu memaksa tindakan diambil bagi menjaga kepentingan negara dan rakyat, berbanding perkara lain.

“Ya, keputusan luar biasa, parti yang jatuhkan saya, saya angkat orang dia jadi perdana menteri. Kenapa? Kerana kepentingan maslahat am untuk negara.

“Keduanya, kebimbangan saya kalau tak dibuat begitu, mungkin akan ada orang lain yang sebahagian besar rakyat tidak suka menjadi perdana menteri atas kesilapan kita. Saya tak payah sebut siapa,” katanya dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini yang diterbitkan hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Muhyiddin dipercayai merujuk kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bekerjasama dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin yang juga bekas PM kelapan berkata beliau memanggil semua pemimpin kerajaan PN dan mencadangkan nama Ismail Sabri dan menyokongnya sebagai PM.

Sokongan yang diberikan kepada Ismail Sabri sebagai PM kerana beliau dilihat tidak bersekongkol dengan Kluster Mahkamah daripada UMNO, katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata langkah menyokong Ismail dari Umno juga diambil sebagai cara untuk mengekalkan dasar-dasar yang sudah dibuat pentadbiran PN, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

“Ini soal negara juga, oleh sebab itu, bagi tujuan mengekalkan setidak-tidaknya 95% Kabinet yang dahulu saya pimpin dalam bentuk kerajaan baru walaupun BN mengetuai. PN sanggup bantu,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok