PN mampu tawan banyak kerusi : Eizlan

August 10, 2023 · Politik

Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof melihat peratusan keluar mengundi yang tinggi pada pengundian awal Selasa lalu menjadi isyarat awal rakyat benar-benar mahukan perubahan.

Malah beliau juga yakin dalam gelombang itu, Perikatan Nasional (PN) mampu menawan banyak kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu ini.

“Setiap kali saya turun berkempen memberi sokongan kepada calon-calon PN yang bertanding di DUN beberapa negeri, aura diberikan pengundi sangat positif,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tambah Eizlan, gelombang kebangkitan rakyat semakin membara apabila parti lawan terus-terusan menyerang pimpinan tertinggi PN terutama dari parti PAS.

Katanya, pihak lawan boleh terus menyerang secara kotor figura seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mahu pun Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetapi mereka lupa rakyat sedang memerhati dan bijak menilai siapa yang benar dan salah.

“Serangan demi serangan yang dilakukan pihak lawan sebenarnya menguatkan lagi sokongan rakyat kepada PN.

“Sabtu ini menjadi penentu dan saya menyeru semua yang layak mengundi supaya tunaikan kewajipan untuk mengundi,” katanya.

Sepanjang tempoh berkempen, Eizlan dilihat aktif memberi sokongan kepada calon PN antaranya Datuk Seri Rina Harun (Calon PN DUN Batu Tiga), Hilman Idham (Calon PN DUN Gombak Setia) dan Hanif Jamaluddin, calon PN bagi DUN Sungai Tua.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
SPR tetapkan 2 Disember bagi PRK Kemaman, anggaran kos RM3.5 juta
October 17, 2023· Politik
MP Perikatan Nasional gesa kerajaan pertimbang pengeluaran KWSP bersasar
October 12, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
7 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok