PMX telefon saya, jadi saya pergi berikan pendapat: Khairy

June 22, 2023 · Politik

Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat selepas dihubungi Perdana Menteri (PMX) yang mahu menemui dan mendapatkan pandangannya berhubung hala tuju negara.

Bekas Ahli Parlimen Rembau yang dipecat anak murid Anwar yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata pertemuan tersebut bukan melibatkan politik tetapi lebih untuk mendapatkan input berhubung isu berkaitan ekonomi dan dihubungi sendiri oleh PMX.

“Ia bukan tentang politik tetapi lebih kepada idea berkaitan ekonomi dan sebelum mesyuarat berakhir, perdana menteri berkata beliau mungkin akan memanggil semula kumpulan saya dalam masa sebulan untuk melihat draf naratif ekonomi Madani untuk kami teruskan memberikan input kami.

“Jadi bagi saya tiada masalah, walaupun saya bukan ahli Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) yang menjadi teras kerajaan sedia ada.

“Kenapa saya pergi? Saya menganggapnya sebagai khidmat negara. Perdana menteri negara menelefon saya, dan saya tidak peduli siapa perdana menteri… Saya pergi dan memberikan pendapat saya, tanpa sebarang ikatan dan itu sahaja,” kata bekas Menteri Kesihatan itu dalam episod terbaru video siar ‘Keluar Sekejap’ yang disiarkan hari ini.

Terdahulu, spekulasi tercetus ekoran pertemuan Khairy dengan Anwar bersama-sama dengan pemain industri dan juga bekas rakan sejawatnya, Datuk Seri Johari Ghani.

Berhubung tawaran untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), Khairy berkata masih membuat pertimbangan selepas pertemuan baru-baru ini dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Beliau telah tawar keahlian Bersatu dan tawar peluang untuk terlibat PRN (Pilihan Raya Negeri).

“Saya telah jumpa beliau dan beri pandangan saya kepada beliau, dan beliau minta saya fikir lagi.

“Saya pun setuju untuk fikir lagi dan saya pun minta beliau sedikit masa,” katanya lagi.

Ditanya oleh pengacara bersamanya Shahril Hamdan sama ada dia telah memberikan jawapan muktamad, Khairy menjawab bahawa dia telah tetapi bersetuju untuk mempertimbangkannya lebih lanjut atas rasa hormat.

Sementara itu, dakwaan tersebar di media sosial bahawa Khairy akan dilantik sebagai “appointed deputy president” atau timbalan presiden (lantikan) dalam Bersatu.

Menjawab khabar angin berkenaan, Khairy agak kurang senang dengan “berita palsu” itu dan mendakwa ia disebarkan oleh tentera siber PH.

“Saya nak bagitahu kepada cytro (tentera siber) PH, janganlah sebarkan berita palsu. Benda ni adalah tak beretika dalam politik.

“Salah satu sebab saya tak berapa senang dengan PH hari ini dan saya rasa sebahagian besar (orang ramai) tak senang dengan PH, adalah kerana perangai cytro PH ni,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tak wajar rundingan sulit Zahid-Anwar jika benar berlaku: Shahidan
October 17, 2022
Konspirasi Zahid-Anwar sejak 1998, rancang gulingkan Dr M dan kini mahu singkir Muhyiddin
August 9, 2021
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok