PMX nafi arah siasat bekas MB Perlis dari UMNO sehingga didakwa

April 11, 2023 · Politik

Tiada arahan diberikan berhubung siasatan melibatkan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sebarang penglibatan terhadap bekas pemimpin UMNO di Perlis itu yang didakwa di mahkamah semalam.

“Yang paling akhir (penyelewengan), mantan Menteri Besar Perlis. Saya bukan siasat. Bukan saya yang buat laporan kepada SPRM atau polis.

“Sebaliknya, saya bagi arahan kerajaan sekarang ini, saya hendak selamatkan negara kita daripada pemimpin-pemimpin yang kayakan diri dengan merompak harta kekayaan negeri. Itu tekad saya,” katanya dipetik laporan BH.

Tegasnya lagi, beliau tidak membuat kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau menyuruh siasatan dilakukan ke atas Azlan.

Bagaimanapun Anwar berkata tidak akan bertolak ansur berhubung rasuah dan hanya mahu menyelamatkan negara daripada dirompak, ia walaupun Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga sedang berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah ketika ini.

“Susah senang saya hadapi. Kalau orang nak jatuhkan kerana saya lawan rasuah, silakan. Tetapi, saya tidak akan tolak ansur daripada bersihkan negara ini dan selamatkan bangsa serta negara kita daripada tindakan orang yang merompak kekayaan negara.

“Bukan sedikit saudara-saudari.. Dan, ini termasuk pimpinan yang ada dalam kerajaan. Baik menteri atau di kerajaan negeri.

“Saya arah SPRM apa? Ambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah. Terutama setelah kita bagi amaran, dibuatnya juga,” katanya lagi.

Terdahulu, Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis hari ini, terhadap lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika mentadbir Perlis.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
20 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok