Pindaan perlembagaan UMNO bukan untuk selamatkan saya: Zahid

May 15, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak tuduhan sesetengah pemimpin UMNO bahawa pindaan Fasal 10.16 perlembagaan parti bertujuan menyelamatkan kedudukannya sebagai presiden.

Sebaliknya menurut beliau pindaan itu bertujuan memberi ruang kepada semua peringkat kepemimpinan untuk memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum (PRU).

“Saya mendengar adanya suara-suara dalam kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamatkan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar.

“Saya sekali-kali tidak akan melakukannya. Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepimpinan tertinggi parti, berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian,” katanya berucap pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengingatkan bahawa gesaan supaya pemilihan parti diadakan selepas PRU adalah usul daripada majoriti bahagian yang sudah mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing.

Zahid berkata usul supaya pemilihan dalam UMNO ditangguhkan dibuat oleh 180 bahagian UMNO pada mesyuarat agung masing-masing sebelum ini.

“Justeru, di dalam parti, beberapa pendekatan termasuk pindaan perlembagaan yang dicadangkan kali ini akan dapat memberi ruang kepada parti untuk mengorak langkah dan menyusun strategi yang berkesan bagi menghadapi PRU akan datang tanpa bergelut dengan masalah dalaman,” katanya.

Untuk rekod Zahid diangkat menjadi Presiden UMNO pada 30 Jun 2018 selepas pemilihan parti yang menyaksikan beliau menewaskan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya pindaan perlembagaan itu adalah manifestasi suara akar umbi dan beliau yakin ahli UMNO mahu melihat parti kukuh dan berpadu.

“Saya ingin tegaskan, pindaan perlembagaan kali ini akan memberi ruang kepada pasukan, atau ‘team’ kepimpinan pusat, bahagian dan cawangan, bagi setiap penggal pemilihan, untuk memfokuskan gerak kerja menghadapi PRU,” katanya.

Beliau berkata, dengan mengabsahkan pindaan perlembagaan parti hari ini, kepimpinan yang ada di semua peringkat adalah pasukan yang akan membawa parti menghadapi PRU-15 dan PRU seterusnya.

“Inilah pasukan yang selepas jatuh, bangkit dengan keazaman. Inilah pasukan yang meskipun tewas PRU-14 tetapi kekal berpaksikan kesetiaan,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
2/3 kerusi ketua cabang di Selangor dikuasai #KitaSemuaKEADILAN
May 29, 2022
Naik sedikit gaji penjawat awam pada Oktober, kata PMX
August 11, 2023
Gelombang sokongan rakyat terhadap PN luar biasa
November 16, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok