Piala Dunia: Kalau masa dicederakan

November 27, 2022 · Politik

Menjadi kebiasaan pertandingan bola sepak di semua peringkat, daripada sekecil-kecil pasukan kampung yang tiada pengadil tetapi masing-masing bersefahaman, sehinggalah ke peringkat yang mempunyai pengadilnya seperti peringkat sekolah, kelab, sehingga ke peringkat negara dan antarabangsa serta benua yang dinamakan Pertandingan Piala Dunia yang terhangat kini, ditetapkan peraturan.

Termasuklah ketetapan masa tambahan disebabkan berlaku kecederaan atau apabila kedua-dua belah pihak masing-masing seri.

Masa kecederaan akan ditambah apabila benar-benar berlaku kecederaan, kerana ingin menguruskan pihak yang tercedera untuk mendapat rawatan segera atau yang tercedera itu dikeluarkan daripada padang. Pemain yang dikeluarkan itu, sama ada digantikan pemainnya atau tidak adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan dihormati oleh semua pihak.

Masa permainan juga akan ditambah apabila tiada keputusan kerana seri, kosong-kosong atau sama banyak bilangan golnya. Masa itu ditambah dengan kadar yang sepatutnya dan munasabah atau diulang perlawanannya mengikut tempoh yang ditetapkan dan berdasarkan peraturan yang sama.

Bagaimana pula kalau pengadil menambah masa bukan kerana faktor kecederaan atau seri tiada keputusan? Padahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya, tiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan juga dengan apa cara sekalipun, yakni masanya dicederakan oleh si pengadil.

Apakah yang diperkatakan oleh penonton yang menyaksikan secara langsung atau tayangan daripada jauh?

Islam mewajibkan umatnya agar berlaku adil dalam semua perkara, daripada dalam satu keluarga sehinggalah dalam satu masyarakat dan negara dalam semua perkara, termasuklah dalam pertandingan sukan.

Pernah berlaku pada zaman Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA, anak Wali Mesir ketika itu iaitu ‘Amru bin al-‘As RA memukul seorang warga bukan Islam (Qibti) kerana mengalahkannya dalam sukan berkuda. Setelah diadukan kepada Khalifah ‘Umar RA yang jauh berada di Madinah, baginda memanggil Wali Mesir, ‘Amru bin al-‘As datang ke Madinah bersama anaknya yang berlaku zalim kerana kalah sukan berkuda tersebut.

Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh pada zaman dahulu, mereka datang juga sehingga dijatuhkan hukuman qisas kerana telah berlaku zalim dalam bersukan.

Allah SWT mengharamkan berlaku zalim dalam semua perkara terhadap diri-Nya yang Maha Suci daripada segala kelemahan, sebagaimana hadis qudsi yang disabdakan oleh Rasulullah SAW:

‌يَا ‌عِبَادِي! ‌إِنِّي ‌حَرَّمْتُ ‌الظُّلْمَ ‌عَلَى ‌نَفْسِي، ‌وَجَعَلْتُهُ ‌بَيْنَكُمْ ‌مُحَرَّمًا، ‌فَلَا ‌تَظَالَمُوا، يَا عِبَادِي كُلُّكُمْ ضَالٌّ إِلَّا مَنْ هَدَيْتُهُ، فَاسْتَهْدُونِي أَهْدِكُمْ.

(Allah berfirman): “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya, aku telah mengharamkan zalim itu berlaku daripada diri-Ku sendiri dan Aku jadikannya haram dalam kalangan kamu, maka jangan sekali-kali berlaku zalim sesama kamu. Wahai hamba-hamba-Ku! Setiap kamu dalam kesesatan melainkan sesiapa yang aku berikan hidayah kepadanya, maka mintalah hidayah daripada-Ku.” (Riwayat Muslim, no. 2577)

Allah SWT memberikan suatu amaran yang keras terhadap semua bentuk kezaliman, sebagaimana yang dijelaskan melalui firman-Nya:

﴿وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنْقَلَبٍ يَنْقَلِبُونَ٢٢٧﴾

Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali.” (Surah al-Syu‘ara’: 227)

Allah SWT juga memberikan amaran terhadap sesiapa yang bersimpati terhadap orang yang zalim, sebagaimana firman-Nya:

﴿فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ١١٢ وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ١١٣﴾

Maka, tetaplah kamu berada pada jalan yang benar, sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112); Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” (Surah Hud: 112-113)

Rasulullah SAW memberikan amaran akan bahayanya doa orang yang dizalimi melalui sabdanya:

‌اتَّقُوا ‌دَعْوَةَ ‌الْمَظْلُومِ، ‌وَإِنْ ‌كَانَ ‌كَافِرًا، ‌فَإِنَّهُ ‌لَيْسَ ‌دُونَهَا ‌حِجَابٌ.

“Takutlah doa orang yang dizalimi walaupun dirinya bukan Islam, kerana doanya tiada hijab (dinding yang menghalang diterima oleh Allah).” (Riwayat Ahmad, no. 12549)

Tan Sri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Sertai kerajaan? Hadi kata macam mana nak ikut ada bekas banduan dan kluster mahkamah
October 20, 2023· Politik
Popular
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok