PH masih pembangkang di Johor setakat ini, kata Salahuddin

January 8, 2023 · Politik

Setakat ini Pakatan Harapan (PH) masih pembangkang dan tiada sebarang keputusan berhubung bentuk kerjasama dengan kerajaan negeri Johor yang diterajui UMNO-Barisan Nasional (BN).

PH Johor masih belum membuat keputusan untuk mewujudkan kerjasama dengan kerajaan negeri seperti yang berlaku di peringkat Persekutuan, kata Naib Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Setakat ini, kita masih belum buat apa-apa keputusan lagi di Johor. Namun semua (PH dan BN Johor) kami faham bahawa semangat perpaduan Kerajaan Persekutuan itu sangat mendasari hingga ke negeri ini.

“Setakat ini saya yakin dan percaya hubungan wakil rakyat Persekutuan dan kerajaan negeri. Saya sendiri sebagai Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram setakat ini dapat rasakan kerjasama sangat baik dengan agensi negeri,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Jelas Salahuddin lagi, sejak berakhir Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada November lalu, PH Johor masih lagi berada di sebelah pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setakat ini, hubungan ini kita rasakan sangat baik cuma secara rasminya, kita tak dapat menentukan apakah bentuk kerjasama di masa akan datang. 

“Namun setakat saya meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari terakhir sidang pada November lalu, PH Johor masih duduk lagi di barisan pembangkang,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac tahun lalu, BN meraih kemenangan dua pertiga selepas memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

PH pula memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (tiga), manakala PKR dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi.

Bagaimanapun, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, BN Johor hanya berjaya menang sembilan kerusi Parlimen berbanding 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan sekali gus gagal mencapai sasaran untuk menang sekurang-kurangnya 20 kerusi.

PH pula menang 15 kerusi Parlimen di Johor termasuk Parlimen Muar yang dimenangi Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Perikatan Nasional (PN) juga berjaya meraih dua kerusi Parlimen di Johor iaitu Mersing dan Pagoh.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok