PH juga sebelum ini guna tema Hari Kebangsaan berbeza pada 2012: Chegubard

August 20, 2023 · Politik

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin menyelar kerajaan campuran yang menggelabah selepas kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) bercadang menggunakan tema Hari Kebangsaan berbeza tahun ini.

Badrul Hisham atau dikenali Chegu Bard itu berkata Pakatan Harapan (PH) juga pernah menggunakan tema sendiri dalam sambutan Hari Kebangsaan pada 2012 atas alasan kononnya wujud unsur politik, tetapi mereka pula kini mempertikaikan kerajaan negeri PN.

“Namun pemimpin HANAT (PH-Barisan Nasional) sangat munafik, lupa mereka pada tahun 2012 pernah melakukan perkara yang sama.

“2012 kali pertama dalam sejarah negara apabila 4 negeri guna logo dan tema hari kebangsaan yang berbeza dengan kerajaan Persekutuan, ini adalah kerana kerajaan Persekutuan menggunakan logo dan tema yang berunsurkan politik kepartian bukannya yang memupuk perpaduan bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Badrul Hisham merujuk langkah PKR pada 2012 yang mengumumkan tema Hari Kebangsaan mereka sendiri “Sebangsa, Senegara, Sejiwa” pada sambutan ke-55 Hari Kebangsaan ketika itu.

Malah, PH juga melancarkan logo mereka sendiri dalam sambutan tersebut.

Menurut Badrul Hisham, tema Hari Kebangsaan yang diperkenalkan kerajaan campuran tahun ini jelas wujud unsur politik keterlaluan, malahan ia digunakan semasa kempen enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir baru-baru ini.

“Ulang tahun kemerdekaan pula menggunakan tema Madani di mana Madani telah dijadikan kempen politik keterlaluan dan kepartian.

“Semasa PRN, program – program Madani disalah guna jadi medan fitnah dan agih duit penyokong HANAT. Maka amat difahami kenapa 6 negeri ditadbir PN enggan guna tema Madani dalam sambutan kemerdekaan,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan empat negeri di bawah pemerintahan PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN, hari ini.

Katanya, logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera”.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
1 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok