PH dan BN ditolak pengundi muda, terpaksa bergantung kepada undi bukan Islam: Hadi

January 6, 2023 · Politik

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya, Barisan Nasional (BN) ditolak pengundi muda dan tidak mendapat sokongan di peti undi.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata PH terpaksa bergantung kepada pengundi bukan Islam sementara BN pula mengharapkan pengundi saluran satu semasa PRU-15 lalu, namun pengundi muda menolak kedua-dua gabungan parti itu kerana sudah hilang kepercayaan.

“Ketika itu, dipaparkan sokongan profesor dan ilmuwan yang nyata berilmu tetapi kecil akalnya, semata-mata bagi menggoda anak muda.

“Selain itu, turut digunakan segala media sosial yang canggih tanpa sempadan dan banyak ditaburkan janji bohong yang lama tidak ditunaikan lagi dan janji yang baharu tidak tertunai.

“Semua tawaran sedemikian ditolak oleh anak muda yang ditipu ketika PRU-14 lalu, sekali gus menolak BN dan PH dalam PRU-15. Sehinggakan, pencapaian kerusi mereka (PH) bergantung kepada undi bukan Islam, manakala BN pula bergantung kepada warga tua di saluran satu yang terlebih (awal) makan garamnya,” katanya menerusi tulisan Minda Presiden, hari ini.

Hadi juga menyifatkan penubuhan kerajaan PH-BN sebagai luar tabii demokrasi kerana penipuan yang dilakukan kepada pengundi semasa tempoh berkempen PRU-15 lalu apabila kedua-duanya dilihat menyerang satu sama lain tetapi akhirnya bersatu untuk membentuk sebuah kerajaan.

“Adapun kalangan mereka yang tua pula tidak menunaikan kewajipan yang besar ini kerana merasakan ia tidak penting, disebabkan jahil murakkab (berganda) setelah dikatakan negara ini sudah merdeka lebih setengah abad.

“Adapun penubuhan kerajaan pasca pilihan raya adalah di luar tabii demokrasi yang sebenar bersama penipuan yang nyata dengan mengumpulkan semua kumpulan penipu, penyangak dan oportunis,” katanya lagi.

Katanya lagi, apabila umat Islam berkuasa memerintah negara dengan adil, mewujudkan kerajaan yang bersih daripada segala penyakit rasuah dan salah urus, ia tetap ditolak oleh golongan berkenaan.

“Islam tetap dihalang di mana sahaja di seluruh dunia, walaupun sudah memilih pendekatan demokrasi yang dikira sinonim dengan Islam.

“Namun, demokrasi ala-Barat hakikatnya mengharamkan Islam berkuasa semula. Alasan di sini kerana PAS mendapat kerusi paling banyak, walaupun PAS sedia berta’awun (saling membantu) dengan semua kumpulan yang tidak ekstrem.

“Maka, terciptalah satu kumpulan ahzab (barisan, parti dan kumpulan) yang berbeza ideologi dan niat yang tidak ikhlas, bersatu untuk menentang Islam yang pernah dihadapi oleh generasi awal dengan penuh keimanan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok