PH-BN mesti mohon maaf MP Hulu Langat fitnah guru KAFA

March 14, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) diminta memohon maaf kepada semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) atas dakwaan bersifat fitnah yang dilontarkan oleh salah seorang ahli Parlimennya pada sidang Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ini kerana ahli Parlimen PH hari ini mendakwa dalam Dewan Rakyat bahawa guru KAFA berpolitik di sekolah mempengaruhi anak murid.

Jelas beliau, dakwaan itu merupakan satu fitnah biadab terhadap guru KAFA.

“Dakwaan ini keterlaluan dan ia membayangkan sikap sebenar PH-BN terhadap guru-guru agama dan pendidikan agama.

“Guru-guru KAFA berhempas pulas mendidik anak-anak kita mengenai asas-asas agama. Sepatutnya kerajaan mencari jalan memperjuangkan kebajikan guru-guru KAFA dan menaikkan elaun bulanan mereka.

“Jika sekalipun tidak mahu hormat kepada pendidik agama, janganlah sampai menghina dan memfitnah mereka.

“PH-BN mesti segera mohon maaf kepada semua guru-guru KAFA seluruh negara. Jika tiada permohonan maaf, maksudnya PH-BN menyokong fitnah terhadap pendidik agama negara kita,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, lewat petang ini.

Dalam hantaran sama, Wan Saiful turut menyertakan satu rakaman video di Parlimen yang memperlihatkan Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan mendakwa perkara itu dalam celahan semasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar menggulung Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementerian.

Sany mempersoalkan sama ada Mohd Nai’im maklum terdapat guru KAFA yang berpolitik di sekolah dengan menyebut perkara yang tidak sepatutnya semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas bagi mempengaruhi murid-murid.

Justeru, beliau mengharapkan pihak menteri dan kementerian dapat mengambil tindakan segera.

Berita berkaitan
Mansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda
15 jam lalu· Rencana
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
18 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
20 jam lalu· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
11 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
14 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
20 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok