Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan

November 21, 2022 · Politik

Adakah Ahli Parlimen yang mengosongkan kerusinya kerana mengundi bertentangan dengan partinya di Parlimen:

1. Ini merupakan isu hilang kelayakan keahlian di Dewan Rakyat. Peruntukan yang berkaitan ialah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang baharu.

2. Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan adalah pindaan baharu kepada Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk menghalang ahli parlimen daripada bertukar parti. Ia tidak menghalang seseorang ahli parlimen daripada mengundi bertentangan dengan arahan partinya sendiri.

3. Peruntukan tersebut digubal dalam dua bahagian. Perkara 49A (1) dan Perkara 49A (2).

4. Fasal 1 Perkara 49A memperuntukkan bahawa seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah berhenti menjadi ahli Dewan Rakyat itu dan kerusinya hendaklah menjadi kosong jika ahli parlimen tersebut;

a) setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik, dia melepaskan keanggotaan sebagai, atau tidak lagi menjadi anggota parti politik itu; atau
b) setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai anggota sebuah parti politik (iaitu, calon bebas), dia menyertai parti politik sebagai ahli.

5. Fasal 2 Perkara 49A menyatakan tiga pengecualian di mana keahlian seseorang ahli parlimen dalam Dewan Rakyat itu tidak terhenti hanya disebabkan oleh:

a) pembubaran atau pembatalan pendaftaran parti politiknya.
b) pelepasan keanggotaan ahli parlimen itu daripada parti politiknya apabila dia dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan.
c) pemecatannya daripada keanggotaan dalam parti politiknya.

6. Ini menjelaskan bahawa kehilangan kelayakan tidak terpakai melainkan jika seseorang ahli secara sukarela melepaskan keanggotaannya atau berhenti menjadi ahli parti politik tersebut. Sekiranya seorang ahli dipecat daripada parti politiknya, dia tidak mengosongkan kerusinya.

7. Banyak parti politik menganggap ini sebagai satu kelemahan. Sesetengah parti politik telah cuba mengatasi apa yang mereka anggap sebagai kelemahan dengan meminda perlembagaan mereka di mana jika seseorang ahli tidak mematuhi arahan parti, dia akan secara automatik ‘berhenti’ menjadi ahli. Mereka tidak ‘dipecat’. Dengan cara ini beberapa parti politik telah cuba memastikan kesetiaan mengundi. Ini belum dicabar dan merupakan persoalan terbuka sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.

8. Sepanjang pengetahuan kami, hanya DAP dan AMANAH yang telah meminda perlembagaan mereka dengan cara sebegini.

9. Oleh itu, jelas bahawa tiada risiko kehilangan kerusi jika ahli Dewan Rakyat mengundi bertentangan dengan partinya melainkan parti itu telah meminda perlembagaan mereka untuk menghalangnya.

Pakar Perlembagaan

Berita berkaitan
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kalau kita pecat dia untung kerana dapat jadi MP bebas, kata Razali
November 11, 2023· Politik
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Tawaran kerjasama cadangan progresif, politik bertamadun: Nazri
August 13, 2021
Selangor pun ada masalah air dan sekarang banjir kilat: Noh
June 23, 2023
Hari ini kita menang, cukai pintu dihapuskan, lesen perniagaan hapus: Azmin
August 2, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok