Penipuan terbesar adalah bersama dengan DAP dan sokong Anwar, kata PAS kepada Zahid

May 30, 2023 · Politik

PAS membidas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyindir dengan pelbagai kenyataan berhubung tawaran menyertai kerajaan campuran yang didedahkan Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khairuddin meminta Zahid supaya melihat dirinya sendiri sebelum membuat kritikan terhadap Hadi, malahan penipuan terbesar pernah dibuat beliau adalah dengan bekerjasama dengan DAP dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hakikatnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terlebih dahulu menjemput PAS menyertai Kerajaan Perpaduan kerana kedudukan kerajaan amat genting ketika ini dan UMNO tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu.

“Zahid perlu berhenti dari menipu dan terus menipu ahli UMNO mahupun rakyat. Penipuan terbesarnya adalah propaganda tidak bersama DAP dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tetapi akhirnya bersama parti yang dibenci ahli UMNO itu sejak sekian lama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairil Nizam membangkitkan kenyataan Zahid sebelum ini semasa Perhimpunan Agung UMNO yang membuat pendirian ‘No Anwar, No DAP’ tetapi akhirnya kini mereka bekerjasama dengan DAP dan menyokong Anwar pula.

Malah, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan juga pernah mendedahkan Zahid pernah bersumpah menafikan akan menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sebelum ini.

Sabtu lalu,Hadi mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan yang mana tawaran itu dibuat kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

Semalam pula, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara sama dengan mendedahkan ada pihak menemui beliau mengemukakan tawaran itu.

Khairil Nizam menegaskan Perikatan Nasional (PN) akan terus mengatur langkah bersiap sedia sebagai kerajaan yang lebih profesional dan prihatin mendengar keluhan rakyat berbanding kerajaan PH-UMNO ketika ini.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
10 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok