Pengundi PH dalam dilema jika Najib diampun, reputasi Anwar terjejas

April 14, 2023 · Politik

Pemerhati politik memberi amaran pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal meletakkan penyokong dan pengundi Pakatan Harapan (PH) dalam keadaan dilema moral.

Ini kerana PH yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah, selama ini menggunakan alasan moral melawan rasuah dan kleptokrasi untuk mendapatkan kuasa.

Sejak 2014, Najib terheret dalam skandal membabitkan syarikat berdaulat kerajaan – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) – yang mana PH ketika itu diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan isu itu sebagai senjata untuk menjatuhkan pentadbiran beliau pada 2018.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Azmil Tayeb berkata, langkah memberi pengampunan dan seterusnya membebaskan Najib akan menjadi kekecewaan terbesar buat pengundi PH, selain impak besar kepada reputasi Anwar sebagai “pejuang reformasi”.

“Pembebasan ini juga akan memberikan ‘peluru’ kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang ini.

“Saya rasa sangat sulit untuk PH mengelak dari isu ini dan ada kemungkinan juga ramai pengundi PH tidak akan keluar mengundi masa Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak,” katanya menurut MalaysiaNow.

Pertengahan tahun ini, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijadualkan mengadakan PRN.

Sekiranya pengampunan itu berlaku, PH bakal berdepan kesukaran mempertahankan tiga negeri yang ditadbir mereka sekarang – Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

UMNO baru-baru ini menyatakan mahu bertemu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon ihsan baginda untuk mengampunkan bekas presiden mereka itu.

Najib sebelum ini tewas dalam semakan kehakiman kes SRC International dengan keputusan majoriti 4-1 yang memusnahkan harapan beliau untuk lepas daripada jeriji besi.

Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2020 menjatuhi hukuman bersalah kepada bekas ahli Parlimen Pekan itu dengan hukuman penjara 12 tahun dan denda RN200 juta selepas beliau didapati bersalah atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 2021 dan Najib memulakan hukuman penjara beliau setelah rayuannya gagal.

Hubungan PH dan BN mungkin retak akibat kegagalan Najib dalam semakan kehakimannya.

Najib masih mempunyai pendukung yang kuat dari kalangan akar umbi dan Majlis Tertinggi UMNO dan mereka lantang menyuarakan nasib bekas perdana menteri itu.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali berkata, permohonan pengampunan untuk Najib dilihat sukar dan mencabar.

“Najib berdepan banyak kes yang sedang dan akan dibicarakan. Bagaimana Lembaga Pengampunan boleh mempertimbangkan perkara itu kerana Najib belum menghabiskan sebahagian hukuman.

“Bagaimana jika beliau dihukum lagi (dalam kes lain), keadaan akan menjadi tidak begitu harmoni,” katanya.

Justeru, Mazlan berkata kemungkinan Najib tidak diampunkan sangat tinggi dan memerlukan keajaiban.

Menurut Mazlan, perkara 42(8) menyatakan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh membuat keputusan secara peribadi.

Selain kes SRC, Najib yang mula disiasat selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada 2018 itu masih berdepan kes 1MDB yang sedang dalam perbicaraan.

Mazlan mengakui sokongan kepada PH bakal terkesan namun situasi itu tidak muktamad.

“Politik ini ada tambah tolaknya. Kajian terbaru saya di lima Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan menunjukkan sokongan kepada PH dan BN masih padu,” katanya.

Bagaimanapun, Najib bukan satu-satunya pemimpin yang cuba mencari kebebasan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga baru-baru ini mengemukakan representasi memohon agar semua pendakwaan ke atasnya berhubung kes Yayasan Akalbudi digugurkan.

Kes tersebut membabitkan 47 pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Zahid sebelum ini berjaya mendapatkan semula pasportnya bagi menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri.

Zahid yang mengekalkan kerusi Bagan Datuk dengan majoriti lebih 300 undi pada pilihan raya umum lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada September lalu atas p40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok