Pengikut setia Najib dipecat sebagai Ketua Penerangan BN Selangor

June 8, 2022 · Politik

Seorang pengikut setia Datuk Seri Najib Razak dipecat serta-merta sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN).

Bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil itu sendiri mengesahkan menerima surat pemecatannya ditandatangani oleh Setiausaha BN Selangor Datuk Satim Diman dengan memberi alasan jawatan yang disandangnya itu tidak termaktub dalam perlembagaan gabungan berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersama saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai ketua penerangan BN Selangor.

“Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada dalam kepimpinan BN negeri,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook.

Surat pemecatan.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus membantu jentera parti walaupun sebagai ahli biasa.

“Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini,” katanya.

Dalam hantaran itu, Isham turut melampirkan surat pemberitahuan berkenaan yang menjelaskan penamatan jawatannya itu turut dipersejui Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isham dilantik sebagai Ketua Penerangan BN Selangor pada Mei 2020 menggantikan bekas Ahli Parlimen Sabak, Datuk Abd Rahman Bakri.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
14 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok