Pengampunan diraja: Bukan bermakna anda tidak bersalah : Anwar

June 16, 2023 · Politik

Permohonan pengampunan diraja yang dibuat bekas presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak tidak bermakna beliau tidak bersalah atas pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.

Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara bersama program 101 East Al Jazeera, semalam.

“Apabila anda memohon pengampunan, ia bukan bermakna anda menganggap diri anda tidak bersalah,” kata Anwar, lapor MalaysiaNow.

Anwar juga dibebaskan selepas mendapat pengampunan diraja pada 2018 atas sabitan dan hukuman atas kesalahan meliwat.

Najib kini sedang menjalani hukuan penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya termasuk denda RM210 juta dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Penyokong Najib terus mendesak agar bekas perdana menteri itu dibebaskan dimana pada masa sama kempen pengampunan diraja terus giat dilancarkan.

Sementara itu, Anwar berkata beliau percaya mahkamah yang mensabitkan Najib bersalah bertindak bebas.

“Saya menyokong keputusan mahkamah dan saya percaya mahkamah bebas,” katanya.

April lalu, Anwar mengakui akan menjadi sebahagian daripada anggota Lembaga Pengampunan yang ditugaskan untuk memutuskan pengampunan terhadap Najib.

“Sesiapa sahaja, mana-mana banduan, berhak merayu kepada Agong dan memohon pengampunan.

“Mengapa menafikan hak Najib? Biarkan proses itu berjalan,” katanya yang didesak menarik diri dari lembaga itu.

Setakat ini, rakan sekutu Anwar dalam kerajaan campuran, DAP dan Amanah menjauhkan diri daripada kempen UMNO untuk membebaskan Najib dengan mengatakan ia bukan pendirian kerajaan.

Pemimpin utama dalam kedua-dua parti itu juga secara terbuka mengutuk sebarang tindakan untuk memberi pengampunan kepada Najib yang menjadi sasaran serangan mereka dalam dua pilihan raya umum lepas.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok