Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal

May 2, 2023 · Politik

Pendirian Pemuda UMNO kekal dengan membantah langkah kerajaan campuran menyalurkan peruntukan kepada sekolah persendirian Cina.

Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh berkata mereka tidak takut dengan cabaran Dong Zong yang menggesa kerajaan mengambil tindakan hanya kerana berpendirian peruntukan tersebut tidak sepatutnya diberikan kepada sekolah persendirian Cina.

“Jika Dong Zong bercakap soal hak, kami pun bercakap soal hak.

“Ambillah tindakan pada saya kerana pendirian saya tidak akan berubah terhadap isu ini,” katanya dipetik laporan MalaysiaNow.

Akmal berkata, tindakan Pemuda Umno yang mempersoalkan jumlah RM15.7 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina bukan isu politik.

Terdahulu, media melaporkan Presiden Dong Zong Selangor dan Kuala Lumpur, Chua Kim Boon yang menuduh Akmal menggunakan isu itu untuk kelangsungan politik UMNO.

Chua berkata kerajaan hari ini perlu mengambil tindakan tegas untuk membendung atau menghentikan semua kenyataan seperti yang dikeluarkan oleh Akmal.

Namun menurut Akmal, tiada siapa boleh menghentikan Pemuda UMNO daripada membawa suara rakyat, tanpa mengira blok mana yang menjadi kerajaan.

Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, Dong Zong tidak memerlukan bantuan kerajaan kerana berjaya mengumpul RM360 juta dalam bentuk yuran persekolahan bagi sekolah-sekolah mereka.

“Ini satu jumlah yang besar dan tidak perlukan lagi peruntukan dari kerajaan.

“Sedangkan bagi sekolah institusi agama, hendak kumpul RM100,000 pun susah,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
6 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
8 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
27 minit lalu · Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
2 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
6 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok