Pemuda PBM pertahan Zuraida bukan ‘katak’ selepas keluar Bersatu

May 27, 2022 · Politik

Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) mempertahankan tindakan Ahli Parlimen (MP) Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin yang sekali bertindak keluar parti semalam.

Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda PBM, Isham Sharudin berkata tidak adil untuk menggelar Zuraida sebagai “katak” susulan tindakannya itu dan memuji keputusan tersebut yang diharapkan dapat membantu parti ke arah persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Umum mengetahui, gerak kerja yang dilakukan oleh Zuraida sepanjang menerajui dua kementerian telah memberi impak yang besar kepada rakyat dan diharap formula yang sama akan beliau gunakan untuk memperkasakan lagi PBM.

“Selain itu juga pada hemah kami Pergerakan Pemuda PBM, beliau adalah figura yang tepat untuk menzahir dan merealisasikan enam prinsip teras perjuangan PBM,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas mengumumkan keluar daripada Parti Bersatu untuk menyertai PBM.

Mengulas lanjut, Isham berkata, Sayap Pergerakan Pemuda PBM berbesar hati dan menyambut baik hasrat yang dizahirkan oleh Zuraida.

“Pergerakan Pemuda PBM juga ingin merakam setinggi penghargaan buat Zuraida di atas khidmat bakti yang cemerlang beliau semasa mengemudi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).

“Semoga Allah membalas jasa baik Datuk Zuraida dengan ganjaran setimpal di dunia dan akhirat,” ujarnya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
12 jam lalu· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok