Pemimpin UMNO tak percaya dakwaan Rafizi sokongan Melayu jatuh

October 2, 2022 · Politik

Beberapa pemimpin UMNO nampaknya tidak mempercayai dan meragui dengan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kononnya sokongan orang Melayu terhadap parti itu jatuh teruk.

Malah, UMNO menyifatkan kenyataan Rafizi tersebut sebagai retorik dan sekiranya benar kajian tersebut benar sepatutnya pembangkang patut lebih gembira serta bersedian untuk berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) walaupun diadakan semasa musim tengkujuh.

“Kalau (sokongan Melayu) menjunam kan bagus untuk mereka (PH),” kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dipetik laporan FMT.

Nampaknya pemimpin UMNO sama sekali yakin sokongan orang Melayu masih memihak kepada mereka dan tetap dengan pendirian agar PRU-15 perlu diadakan segera.

Selain itu, seorang lagi pemimpin parti yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad menganggap kenyataan Rafizi menunjukkan PH sebenarnya takut menghadapi gelombang penolakan Melayu.

Katanya, sepatutnya Rafizi setuju PRU awal jika yakin orang Melayu menolak UMNO, bukan memberi pelbagai alasan.

“Jadi, bagi saya sebelum tuduh apa-apa, lebih baik semak kesahihan kemenangan beliau sebagai timbalan presiden PKR dulu sebelum cakap pasal parti lain, dia nak tutup isu forensik audit pemilihan PKR yang sedang disiasat tapi pusing cerita serang UMNO,” katanya lagi.

Terdahulu, Rafizi mendakwa sokongan orang Melayu terhadap UMNO merosot teruk selepas Datuk Seri Najib Razak masuk penjara dan sejak terpecah isu kapal tidak siap baru-baru ini, menurut kajian dilakukan pengkaji parti tersebut.

“Selepas LCS (skandal Kapal Tempur Pesisir), selepas cerita macam-macam Najib buat hal, merpati mahu terbanglah… Saya tengok, saya pun tak percaya.

“Saya maklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR, hari Khamis lepas, saya kata ‘sometimes this is too good to be true’ sebab saya dah buat survey sokongan rakyat ini daripada Jun 2016… Dah enam tahun saya tengok tiap-tiap bulan macam mana peralihan undi rakyat saya boleh beritahu kawan-kawan dekat Sungai Ara yang menonton di seluruh Malaysia.

“Saya tidak pernah tengok macam mana sokongan kepada satu parti jatuh merudum macam itu dalam satu bulan daripada 27 peratus sokongan Melayu kepada UMNO awal bulan Ogos, selepas Najib masuk penjara, selepas skandal LCS daripada 27 peratus jatuh kepada hanya 18 peratus itu maksudnya sembilan peratus jatuh,” kata Rafizi semasa ceramah atas traknya semalam.

Menurut Rafizi, kajian tersebut dijalankan melibatkan 2,500 sampel daripada tinjauan secara rawak melibatkan orang ramai yang dijalankan pada Ogos dan September baru-baru ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok