Pemilihan UMNO Disember: Zahid

March 18, 2022 · Politik

UMNO akan mengadakan pemilihan parti pada akhir tahun ini atau tepatnya 29 Disember 2022, kata Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, katanya 186 daripada 190 bahagian UMNO yang telah bermesyuarat bersetuju agar pemilihan parti diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 pagi ini Zahid juga berkata sudah menjadi kelaziman sebelum ini bahawa pemilihan parti diadakan selepas PRU.

“Bertahun-tahun ia diamalkan. Adakah wajar kita mengubah tradisi ini? Janganlah kita memakai kasut sebelum menyarung stokin!

“Kita hormati saranan sebilangan kecil yang mahukan pemilihan diadakan sebelum PRU. Ini sekadar cadangan yang melambangkan wujudnya demokrasi dalam parti. Kita percaya mereka tiada sebarang motif.

“Kita sudah tetapkan mengikut persetujuan Pendaftar Pertubuhan bahawa pemilihan parti diadakan pada akhir tahun ini, atau secara tepatnya sebelum 29 Disember 2022.

“Siapa pun boleh bertanding, termasuklah jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden dan seterusnya. Bukan saya tidak tahu, sekarang pun sudah ada berpasang-pasangan, ada cai, harap-harapnya pasangan-pasangan tu kekal,” katanya.

Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengingatkan pihak yang cuba merobek dan melumpuhkan parti supaya tidak banyak menguji beliau.

“Saya mungkin dilihat banyak berdiam diri dan bertolak ansur, namun itu tidak bererti saya leka. Janganlah uji saya banyak-banyak. Usahlah asak saya sampai ke dinding. Saya tidak maksum. Saya tidak sempurna.

“Setiap perbuatan kita perlu ada hadnya! Saya tidak ambil kisah dengan serangan orang luar… alah bisa tegal biasa. Tetapi saya kecewa dengan mereka yang menjadi api dalam sekam, gunting dalam lipatan, mengkhianati parti dari dalam.

“Sedarlah! Budaya kita tidak mencerca kawan, biar kita dinista dari segenap arah. Namun kita perlu sentiasa waspada. We have to draw the line dalam persahabatan. Ada kawan yang bersama kita sehingga akhir hayat.

“Malah, ada kawan yang meninggalkan kita sewaktu kita susah, dan ada pula yang berkawan dengan kita secara bersyarat. Jadi, pilihlah kawan yang benar-benar ikhlas dan jujur. Pilihlah kawan dunia akhirat. Pilihlah kawan-kawan yang taat dan setia kepada parti. Dalam lawan ada kawan, dalam kawan ada lawan,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok