Pemilihan PKR: Lebih 200 aduan pelanggaran peraturan diterima

May 18, 2022 · Politik

Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) menerima lebih 200 aduan berhubung pelanggaran peraturan sepanjang pemilihan parti itu tahun ini.

Pengerusi JPP Dr Zaliha Mustafa berkata sesetengah aduan tidak mempunyai merit dan memerlukan lebih banyak maklumat daripada pengadu.

“Sekiranya aduan memerlukan penjelasan lanjut, pengadu akan dipanggil dan sebenarnya kita sudah meletakkan semua perkara berkaitan pemilihan dalam peraturan, prosedur dan dokumen etika pemilihan 2022.

“Sebarang aduan, termasuk salah laku, politik wang dan sebagainya, kita akan siasat secara terperinci walaupun mungkin ada pihak yang mengambil pendekatan untuk berdiam diri,” katanya memetik sebuah portal berita hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan rasuah untuk membeli undi di Selangor, Dr Zaliha berkata tiada aduan seperti itu melalui saluran rasmi diterima setakat ini.

Seorang ahli PKR semalam membuat laporan polis mendakwa didatangi individu yang menawarkan ganjaran sekiranya memberi sokongan kepada salah seorang calon yang bertanding di cabang PKR Hulu Selangor.

M Soundrarajan Mariappa berkata individu itu memintanya mengundi calon pada pemilihan cawangan yang akan berlangsung pada 21 Mei ini.

Pemilihan di Selangor — negeri yang paling ramai ahli PKR — dijangka berlangsung pada 21 Mei manakala Perak, Sabah dan Sarawak akan mengundi pada 22 Mei.

Selain pengundian fizikal, pengundian dalam talian juga akan diadakan melalui aplikasi ADIL yang akan dilaksanakan mulai 18 Mei hingga 20 Mei ini.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok