Pemikiran Hadi, pemimpin PAS di tahap rendah : Wan Rosdy

August 9, 2023 · Politik

UMNO menyifatkan pemikiran Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan pemimpin parti itu berada pada tahap yang rendah berbanding BN.

Demikian reaksi Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengulas soal dakwaan Abdul Hadi berkait perubahan Putrajaya sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang dalam enam pilihan raya negeri (PRN) ini.

Kata Menteri Besar Pahang itu, PAS tidak mempunyai misi malah pemimpin PAS di Kelantan juga tiada usaha untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi rakyatnya.

“Sebab itu saya kata pimpinan PAS ini, dia punya pengetahuan berbanding BN jauh rendah.Dari tahun 80-an sampai sekarang modal dia apa….undi PAS masuk syurga. Hari ini masih guna benda sama.

“Kita nampak PAS tak ada (misi), masalah air 33 tahun pun tidak dapat selesaikan, tak nampak usaha ke arah itu. Yang dia nampak bersama ke syurga,” katanya pada sidang akhbar selepas program bersama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi dan nelayan, hari ini, lapor media.

Beliau menegaskan tiada peruntukan dalam undang-undang yang menyatakan keputusan PRN membolehkan perubahan kepada pentadbiran kerajaan Pusat.

Katanya, Akta Anti Lompat Parti yang telah diwartakan menghalang ahli Parlimen menukar parti atau membawa kerusi yang dimenangi kepada parti lain.

Untuk rekod, sejak 30 tahun lalu Kelantan tidak menerima sebarang peruntukan untuk pembangunan air seperti negeri lain ketika Pusat ditadbir BN dan baru kini kerajaan campuran menyalurkan peruntukan awal kepada negeri itu.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok