
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.
Dewan Rakyat petang ini menjadi kecoh selepas Perdana Menteri (PMX) melemparkan tuduhan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin kononnya kes rasuah terhadap dibuang sebelum ini.
Radzi tidak berpuas hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tuduhan yang dilemparkan menuntut supaya ia ditarik balik tetapi tidak dihiraukan dan dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
“Saya yakin kamu peliwat, saya yakin Tambun peliwat,” kata Radzi dalam Dewan Rakyat.
Anwar mengeluarkan kenyataan terhadap Radzi ketika sedang memberi penjelasan berhubung keputusan Peguam Negara yang menghentikan prosiding kes rasuah anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“You boleh gelak Putrajaya kerana you buat perkara itu, masa pentadbiran itu,” kata Anwar yang secara spesifik memetik Ahli Parlimen Putrajaya.
Ekoran kenyataan tersebut, Radzi bangkit dan berkali-kali mendesak Anwar menarik balik kerana membuat sangkaan jahat terhadap ahli dewan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kemudiaan bangkit dan menjelaskan permintaan dibuat MP Putrajaya tersebut disebabkan ia satu tuduhan liar dibuat tanpa mempunyai sebarang asas dan bukti.
“Jadi sebagai satu tuduhan, maka sebab itu Putrajaya bangun kerana merasakan tidak adil lah buat tuduhan,” katanya lagi.
Anwar menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Anwar memberi penjelasan berhubung keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) kepada Zahid sebelum ini terhadap Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram milik Yayasan Akalbudi.
Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan rasuah, dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Beliau diberikan penghakiman DNAA pada 4 September lalu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan hakim mengenai permohonan Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan semua prosiding terhadapnya.
Keputusan itu menimbulkan kemarahan yang meluas, dengan Jabatan Peguam Negara berkata hakim memutuskan berdasarkan alasan kukuh yang dikemukakannya kepada mahkamah.