PBM Pahang bubar, hilang kepercayaan terhadap Larry Sng

January 14, 2023 · Politik

Parti Bangsa Malaysia (PBM) Pahang mengumumkan pembubaran jawatankuasa dan lapan bahagian negeri itu yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Pembubaran itu dimaklumkan dalam satu surat oleh PBM Pahang yang ditandatangani Naib Pengerusi Dasimah Zainudin kepada setiausaha agung parti itu, hari ini.

Surat itu menyatakan keputusan dibuat selepas dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan PBM Pahang hari ini (14 Januari 2023), menurut laporan FMT.

Pembubaran itu dibuat berikutan rasa kecewa dan hilang kepercayaan kepada Presiden PBM, Datuk Larry Sng yang memungkiri janji untuk memberi laluan kepada pengasas PBM, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk memimpin parti tersebut.

Lapan bahagian yang dibubarkan ialah Raub, Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Temerloh, Bentong, Bera, dan Rompin.

Dalam surat itu Dasimah juga mendakwa Larry juga ingkar dengan keputusan Persidangan Agung Tahunan PBM pada 1 Oktober lalu, yang meluluskan usul secara sebulat suara agar proses peralihan kuasa presiden parti diberikan kepada Zuraida.

“Beliau (Larry) juga telah menyalahgunakan kuasa untuk memecat 13 pimpinan kanan parti termasuk Zuraida tanpa rundingan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi,” menurut surat berkenaan yang salinannya turut dipanjangkan kepada ketua pengarah JPPM.

Berita berkaitan
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Dakwa ada negeri minta wang bayar gaji, Sanusi minta Anwar henti berbohong
October 7, 2023· Politik
Siapa nak percaya cakap Zahid lagi? soal PAS Pahang
October 6, 2023· Politik
Mokhzani kekal Presiden MAM, mahu tangani lumba haram
October 5, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bajet PH-BN: Negeri majoriti Melayu diketepikan, negeri DAP diutamakan
February 25, 2023
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok