PAS tetap tolak jajaran baharu politik jika disertai DAP, kata Mursyidul Am

June 10, 2022 · Politik

PAS sekali lagi mengulangi pendirian tidak boleh bekerjasama dengan DAP, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang, kata Mursyidul Amnya Datuk Hashim Jasin.

Sehubungan itu, PAS boleh menerima jajaran baharu politik yang bakal diusahakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jika gabungan besar itu tidak melibatkan DAP, katanya.

Menurutnya PAS sentiasa terbuka menerima jajaran yang boleh menguntungkan Islam, namun jika sebaliknya, parti itu akan menentang sekeras-kerasnya.

Hashim percaya kepemimpinan PAS akan membuat keputusan sebaik-baiknya dalam soal jajaran baharu politik itu.

“Kita tentang jajaran politik baharu yang perlu bekerjasama dengan DAP, manakala kerjasama dengan parti-parti lain, PAS masih terbuka berbincang mengenainya.

“Pada 12 Jun ini, insya-Allah kita akan ada perjumpaan pimpinan pusat dan negeri dan kita mungkin akan berbincang soal tersebut (jajaran baharu). Apa yang jelas kita tolak kerjasama yang ada kait dengan DAP,” katanya menurut Utusan hari ini.

Baru-baru ini, Bersatu memberikan mandat kepada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengadakan rundingan dan perbincangan dengan semua gabungan serta parti ke arah mewujudkan satu jajaran politik baharu menjelang PRU-15 bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan sebuah media tempatan, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata langkah itu penting bagi Bersatu dan gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk pakatan yang boleh menewaskan BN.

Selain itu kata Wan Saiful, PN dan Pakatan Harapan (PH) sedar bahawa jika mereka tidak bersatu, BN akan mendapat manfaat.

“Biarpun belum ada kata sepakat namun semua parti sama ada dalam PN dan PH masih terbuka untuk mengadakan perbincangan mengenai pembentukan jajaran baharu politik menjelang PRU15,” kata Wan Saiful.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Muhyiddin dikatakan mengadakan perbincangan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Tun Dr Mahathir Mohamad (Pejuang) dan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung mewujudkan gabungan politik menjelang PRU-15.

Perbincangan tersebut diadakan dalam situasi Bersatu dan PN masih menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, yang merupakan pemimpin daripada BN.

Sementara itu, Hashim berkata, PAS masih memegang teguh kepada perjanjian di dalam piagam Muafakat Nasional (MN) dan jika UMNO masih berkeras mahu memutuskan hubungan, terpulang kepada mereka.

“Kita tidak mahu menjadi punca kepada perpecahan dan PAS akan terus memperjuangkan perpaduan ummah ini,” katanya.

Berita berkaitan
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
5 jam lalu· Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu· Politik
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu· Isu semasa
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu· Politik
Popular
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
9 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu · Politik
DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’
15 jam lalu · Politik
Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf, Zahid minta henti kenyataan guris hati
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok