PAS setuju PRU-15 ditangguh, beri peluang PN terus tadbir negara

May 6, 2022 · Politik

Tiada keperluan mendesak untuk Pilihan Raya Umum (PRU-15) diadakan segera sebaliknya kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang ini perlu diberi peluang mentadbir negara sehingga tamat penggal Parlimen tahun depan.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata rakyat sepatutnya diberi peluang untuk bertenang setelah sekian lama terpaksa bergelut dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak 2020 lalu.

Malah menurutnya, PAS telah membuat beberapa kenyataan bahawa tiga kerajaan negeri yang ditadbir parti itu tidak akan dibubarkan hingga habis penggal pemerintahan.

Memetik Utusan beliau berkata tiada keperluan mendesak untuk PRU-15 diadakan secara tergesa-gesa sebagaimana desakan segelintir pihak.

“Kita sudah buat kenyataan yang tiga kerajaan negeri diperintah PAS dibubarkan hingga habis penggal kerana rakyat masih dalam keadaan letih, berpolitik bersama dengan wabak yang belum lagi selesai.

“Jadi lebih baik kita beri peluang kepada kerajaan yang ada untuk melaksanakan tugas dalam tempoh secukupnya.

“Oleh itu kita bersetuju PRU-15 ditangguhkan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Mac lalu, PAS memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah sehingga habis penggal, tahun depan.

Pendirian itu muktamad bagi menumpukan kepada kestabilan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, PAS bersiap-siaga untuk berdepan PRU-15, malah sudah menggerakkan jenteranya di seluruh negara termasuk menambah cawangan dan ahli.

Sementara itu katanya, PAS kekal dengan agenda perpaduan ummah menerusi kerjasama dengan dua parti Melayu terbesar iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO di samping Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta golongan bukan Islam yang tidak ekstrem.

“Kerjasama ini kita akan lihat perkembangannya, tetapi sehingga kini PAS terus membawa agenda perpaduan ummah iaitu Islam dan umat manusia,” katanya.

Abdul Hadi berkata, setakat ini belum ada pertemuan antaranya dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad atas faktor kesihatan bekas Perdana Menteri itu.

Berita berkaitan
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Kecam perarakan cosplay PAS di Terengganu, tapi membisu perarakan bendera LGBT?
March 15, 2023· Isu semasa
Sokongan kepada PN akan bertambah walaupun terus ditekan: Takiyuddin
March 11, 2023· Politik
Popular
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
March 26, 2023
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
March 26, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
9 jam lalu · Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
9 jam lalu · Politik
PRN: Amirudin kata pengundi bukan Melayu kekal sokong PH Selangor
14 jam lalu · Politik
Selain 16 kerusi dimenangi, DAP mahu lagi DUN Selangor untuk ditandingi
15 jam lalu · Politik
Kebimbangan kebebasan bersuara disekat meningkat bawah kerajaan Anwar: Media Singapura
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok