Noh akui tak sokong usul di PAU, dakwa langgar peraturan

January 17, 2023 · Politik

Tan Sri Noh Omar mengakui tidak menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan yang dibawa semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

Bekas Pengerusi UMNO Selangor itu berkata tidak bangun di dalam dewan semasa usul tersebut dibentangkan dan mendakwa langkah tersebut melanggar peraturan kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Saya nak jelaskan kenapa saya tidak bangun menyokong usul. Saya dimaklumkan ada 3 orang Ahli Majlis Tertinggi tidak berdiri semasa undian dijalankan. 

“Dari segi peraturan, saya secara peribadi melihat usul yang dibawa tidak mengikut peraturan. Kalau kita buat sesuatu biar ikut peraturan supaya orang luar melihat kita tak buat sesuka hati.

“Semasa mesyuarat MT, hanya 7 usul sahaja dibincangkan dan tidak termasuk usul pertandingan jawatan tertinggi parti,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Noh lagi, usul tersebut dilihat bercelaru kerana sesuatu usul tambahan perlu dibincangkan melalui mesyuarat MT sebelum dibawa ke PAU untuk diluluskan.

“Apa yang berlaku adalah usul tersebut adalah usul tambahan dan bukan usul pindaan. Perkara 20 Perlembagaan UMNO merujuk kepada usul pindaan bukan tambahan. 

“Jadi usul tambahan tersebut tidak melalui mesyuarat MT dan saya lihat ini bercanggah dengan peraturan sedia ada.

“Kalau usul tersebut dibincangkan dalam MT, saya akan menyokong usul tersebut. Kalau dulu Presiden menang bertanding tanpa apa-apa jawatan dalam kerajaan, tak mustahil beliau mampu menang memandangkan beliau sekarang adalah seorang Timbalan Perdana Menteri,” katanya lagi.

Semasa PAU 2022 yang berakhir baru-baru ini, UMNO meluluskan usul untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden yang disandang Datuk Seri Mohamad Hasan.

Langkah tersebut mengundang kritikan banyak pihak termasuk pemimpin utama UMNO yang mendakwa ia menyekat demokrasi dalam UMNO.

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
12 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok