NGO cenderung sokong PH gesa PMX tarik diri dalam lembaga pengampunan

April 12, 2023 · Politik

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cenderung menyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menggesa supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik diri daripada Lembaga Pengampunan melibatkan kes Datuk Seri Najib Razak.

Pertubuhan Aliran yang sinonim menyokong PH sebelum ini berkata sekiranya Perdana Menteri (PMX) berada dalam Lembaga Pengampunan ia dibimbangi akan menyebabkan timbul konflik kepentingan dalam isu melibatkan bekas Presiden UMNO itu.

Kata Aliran, selepas PRU pada Nov tahun lalu ramai yang menganggap Anwar itu berada di bawah tekanan untuk menggunakan pengaruhnya bagi membebaskan Najib.

“Kami berharap bukan itulah yang berlaku, namun begitulah tanggapan yang wujud di luar sana dalam kalangan sesetengah pihak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aliran juga melihat UMNO begitu tergesa-gesa mendesak agar untuk mendapatkan “pengampunan awal bagi penjenayah, Najib Razak” menggunakan hujah seorang daripada 14 hakim yang meneliti kes tersebut.

Siasatan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pula, menurut Aliran, menunjukkan agensi terbabit sudah melangkaui bidang kuasa yang ada padanya.

“Sungguh ironis apabila SPRM berpendapat mereka wajar untuk terlibat di dalam hal ini (siasatan ke atas hakim Mohd Nazlan) apabila ketuanya sendiri, Azam Baki, masih terperangkap dalam kontroversi yang tidak dapat diselesaikan berhubung pembelian sahamnya.

“Kontroversi ini sangat mencemarkan nama baik SPRM,” katanya lagi.

Dibawah adalah kenyataan penuh Aliran:

UMNO nampaknya tergesa-gesa untuk mendesak pengampunan awal bat penjenayah, Najib Razak, menggunakan hanya satu perbezaan pendapat dalam keputusan bersalah oleh 13 hakim lain di mahkamah tinggi, Mahkamah Rayuan serta dalam dua panel Mahkamah Persekutuan.

Kami bimbang dengan perkembangan semasa yang kelihatan seperti kempen bersepadu dalam memanipulasi fakta dan maklumat yang salah tentang bagaimana sistem pentadbiran keadilan berfungsi, serta percubaan menjejaskan kemuktamadan proses di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pertama sekali, SPRM tidak sepatutnya terlibat menyiasat hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas dakwaan percanggahan kepentingan.

Menteri undang-undang, Datuk Seri Azalina Othman Aziz, perlu menjelaskan keadaan itu. Peguam Najib menegaskan bahawa dalam jawapan Azalina – pada 20 Mac lalu – kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, menteri terbabit menyatakan bahawa “jawapan kepada soalan (yang telah diujarkan) adalah afirmatif”.

Shafee telah mengemukakan tiga soalan dalam suratnya bertarikh 15 Mac, termasuklah sama ada Mohd Nazlan mempunyai percanggahan kepentingan.

Namun, sebarang siasatan terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib sepatutnya diserahkan kepada badan kehakiman yang mempunyai prosedur serta kod etika sendiri.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok