Nazri anggap Zahid kini liabiliti kepada UMNO

April 7, 2021 · Politik

Datuk Seri Nazri Aziz meneruskan tekanan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan menggesanya meletak jawatan dan menyifatkan beliau kini menjadi liabiliti besar kepada parti.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu mengulas isu klip audio mirip Zahid sedang berbual mesra dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) yang tular hari ini.

“Saya tidak tahu, saya tidak tahu, tapi dia (Zahid) mesti pergi (letak jawatan). Mudah sahaja,” kata Nazri dipetik laporan portal berbahasa Inggeris.

Nazri juga berkata UMNO tidak boleh lagi menanggung beban kes jenayah Zahid yang belum selesai.

Presiden UMNO itu sedang menghadapi 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit wang Yayasan Akalbudi.

Tegas Nazri lagi, terlalu banyak isu melingkari Zahid yang terpaksa ditanggung oleh UMNO sekarang ini hingga menjadi liabiliti kepada UMNO.

Agenda Daily pagi tadi melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas PAU baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Zahid menafikannya dan mengarahkan pegawainya membuat laporan polis bagi mencari dalang penyebaran klip audio tersebut.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok