Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri

December 9, 2022 · Politik

Pemuda UMNO membidas kepimpinan tertinggi parti itu kerana tidak melakukan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan mendakwa UMNO dan BN mengeruskan ‘kehidupan’ selepas PRU-14 seperti tiada apa yang berlaku, sehingga menyaksikan parti mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah pada PRU-15 lalu.

Untuk rekod pada PRU-13 lalu, BN menang 133 kerusi Parlimen, namun hilang Kerajaan Pusat pada PRU-14 apabila memperoleh 79 kerusi. Pada PRU-15 lalu, BN mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah apabila hanya menang 30 kerusi Parlimen.

Mengulas lanjut Shahril yang meletak jawatan Ketua Penerangan UMNO setelah BN kalah PRU-15 lalu, berkata BN perlu sedar diri dan jangan terlalu selesa dengan keputusan mudah, antaranya menetapkan kerjasama dengan parti politik tertentu demi masa depan politik gabungan itu.

“Nak ‘move on’ (teruskan) ini tak bermakna kita buat tak tahu. ‘Move on’ ini tak bermakna kita gembira dengan rakan baharu kita sehingga kita lupa kita berada dalam kedudukan hari ini, kerana kita menang 30 kerusi. Kita sudah tak boleh ambil jalan pintas untuk mengelak perbualan yang sukar.

“Saya yakin kita boleh, pemimpin boleh jelaskan keadaan. Kita boleh membiasakan diri dengan situasi yang baharu. Boleh mewajarkan kenapa kita dengan Pakatan Harapan (PH) dan sebagainya.

“Itu semua ahli pun nak dengar tetapi lebih penting daripada itu, boleh tak kita hadam sebenar-benarnya apa masalah asas dalam parti ini.

“Barulah kita tahu apa yang kita kena ubah kalau tak 30 kerusi boleh tergelincir lebih teruk lagi. Dalam hal ini saya pun bersetuju dengan (Timbalan Pengerusi UMNO Johor) Datuk Nur Jazlan (Mohamed), BN kena buat post mortem (bedah siasat) betul-betul apa yang berlaku pada PRU-15. Ini kita tak buat waktu PRU14,” katanya menerusi rakaman video Tiktoknya hari ini (9 Disember 2022).

Pada PRU-15 lalu, Shahril kalah tipis ditangan bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari di kerusi Parlimen Alor Gajah.

Beliau menyatakan sokongan terhadap kenyataan dibuat Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menuntut Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur berikutan kekalahan teruk BN.

Memetik laporan BH Shahril melahirkan kebimbangan apabila mendengar hujah terlalu mudah berkaitan kerjasama BN dengan PH, bahkan PAS sekalipun.

Berdasarkan hujah yang beliau dengar, kononnya BN boleh meraih undi bukan Melayu apabila bekerjasama dengan PH, manakala dengan PAS pula boleh memperoleh sehingga 130 kerusi.

“Kali ini tak boleh dah. Kali ini extra penting kita buat (bedah siasat) betul-betul kerana (BN) hanya tinggal 30 kerusi. saya pun sudah risau sikit sebab sudah mula dengar hujah-hujah simplistik.

“Kita bersama dengan PH kita boleh menang undi bukan Melayu, sama macam lepas PRU14, kita bersama PAS. Kita campur undi BN, kita campur undi PAS, kita boleh memang 120, 130 kerusi. Adakah anda pasti semudah itu?

“Tanpa perubahan yang sebenarnya, ia tak semudah itu. Kira-kira kita ini tak sama dengan kira-kira pengundi. Ahli kita juga tiga juta. PRU15 hari itu pun kita dapat tiga juta undi dan kita pun tahu tak semua ahli UMNO yang undi BN. Kita kena tanya kenapa?” katanya.

Walaupun nama UMNO sinonim dengan orang Melayu, Shahril berkata ia masih gagal menarik sokongan orang Melayu untuk mengundi parti berkenaan.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok