Muhyiddin simpati dengan Sanusi, inilah wajah sebenar kerajaan Madanon

July 19, 2023 · Politik

Tindakan menekan musuh politik dengan menggunakan proses undang-undang semakin menjadi-jadi dibawah kerajaan campuran sekarang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menzahirkan simpati terhadap tindakan yang dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor, namun rakyat boleh melihat wajah sebenar kerajaan yang sebelum ini hanya tahu berjanji.

“Saya bersimpati dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Nampaknya kerajaan Madanon hari ini semakin galak menggunakan instrumen undang-undang untuk menekan lawan politik mereka.

“Ini sama sekali bertentangan dengan janji reformasi yang dilaungkan oleh mereka dahulu termasuk untuk menghapuskan Akta Hasutan. Inilah wajah sebenar mereka untuk ditatap oleh rakyat,” ujarnya lagi.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan PN sentiasa menjunjung, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa antara dasar dan prinsip perjuangan Perikatan Nasional yang utama ialah untuk menjunjung, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.

“Prinsip ini akan terus dipertahankan.

“Dalam menjunjung semangat ini, saya juga berdoa semoga sahabat saya Datuk Seri Muhammad Sanusi mendapat keadilan di mahkamah,” katanya lagi.

Sanusi didakwa di dua Mahkamah Sesyen Selayang semalam dengan dua pertuduhan di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik kerajaan campuran dan beliau mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
PRU tak sesuai tahun ini, menteri PN perlu bertegas, kata Muhyiddin
October 4, 2022
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Mahu ambil empat ADUN, Anwar gadai prinsip terima ‘lompat parti’ pula?
October 19, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok