Muhyiddin lebih awal tawar kerjasama, Khaled Nordin tak baca berita ke?

September 12, 2021 · Politik

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dibidas kerana cuba mempolemikkan isu kerjasama rentas parti walhal tawaran sama dibuat lebih awal mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Mantan Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad menggesa Khaled yang kalah pilihan raya itu supaya menyemak faktanya sebelum mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Pagoh itu tidak membangkang langkah PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat tawaran sama kepada blok pembangkang, atau mungkin Khaled sebenarnya tidak membaca laporan berita sebelum ini.

“Khaled Nordin tanya kenapa Tan Sri Muhyiddin tak bangkang tawaran kerjasama rentas parti di Parlimen yang diumum oleh PM. Dia tak baca berita ke?,” kata Dr Marzuki dalam satu hantaran di Facebook.

Khaled semalam mengkritik ucapan Muhyiddin semasa ulang tahun Bersatu kelima yang menegaskan pendirian untuk tidak membiarkan kleptokrat kembali berkuasa dan akan terus melawan kumpulan tersebut.

Beliau mendakwa tawaran yang dibuat Ismail Sabri adalah pendekatan baharu tetapi faktanya Muhyiddin terlebih dahulu membuat tawaran tersebut tetapi ia ditolak oleh pembangkang sebelum ini.

“Tan Sri Muhyiddin dah umum perkara yang sama pada 13 Ogos 2021. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga,” bidas Dr Marzuki lagi.

Muhyiddin semasa menyampaikan ucapannya menjelaskan punca sebenar memberikan sokongan kepada Ismail Sabri menjadi PM.

Jelasnya, langkah tersebut bagi mengelakkan Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan dengan sokongan “kumpulan kleptokrat” dan Bersatu pula menjadi pembangkang.

Untuk rekod, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan terlibat dalam komplot bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi klip audio perbualan tular kedua-dua mereka sebelum ini.

Malah, Zahid dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak juga menghantar surat menyokong Anwar sebagai calon PM tahun lalu kepada pihak Istana Negara, ia menjadi punca kemelut politik yang berterusan.

Anwar termasuk Zahid dan Najib tidak menafikan berhubung surat dan klip audio tersebut walaupun secara terang-terangan mendedahkan rancangan jahat mereka bersama.

Bagaimanapun, Khaled mungkin terlupa berhubung fakta tersebut dan masih mempercayai Zahid serta Najib kononnya mereka tidak terlibat dalam menjalinkan kerjasama dengan Anwar sebelum ini.

Berhubung dakwaan Khaled yang mengatakan Muhyiddin meletak jawatan kerana rakyat tidak suka, Dr Marzuki mencadangkan bekas Menteri Besar Johor itu mendapatkan pembantu untuk membuat kajian sebelum bercakap.

Katanya, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian persepsi awam yang mendapati 92 peratus responden tidak bersetuju Muhyiddin letak jawatan.

Ini sekali gus menunjukkan rakyat menyukai Muhyiddin sebagai PM, berbeza dengan tuduhan Khaled yang tidak membaca maklumat yang telah disiarkan.

Dr Marzuki berkata kajian itu disiarkan pada 9 September, manakala Khaled pula membuat kenyataan pada 11 September.

“Elok ada orang bantu dia buat kajian sikit sebelum dia bercakap,” kata Dr Marzuki.

Kajian bertajuk ‘Public Perception on Election Management, the Election Commission & Democracry in Malaysia’ yang dijalankan Prof Madya Helen Ting dan Prof Madya Andrew Kam mendapati majoriti 2,627 responden yang diwawancara secara bersemuka tidak bersetuju dengan peletakan jawatan Muhyiddin akan menjamin kestabilan politik kepada negara.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
19 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok