Muhyiddin dedah DAP desak bebas ahlinya terlibat dengan pengganas

November 14, 2022 · Politik

DAP bukanlah parti yang mempunyai kredibiliti untuk bercakap mengenai antikeganasan, kerana ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) ada ahli parti itu yang terlibat dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bekas Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran kerajaan PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan tindakan DAP menggesa beliau supaya mengeluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas.

“Ada beberapa orang anggota DAP termasuk wakil rakyatnya yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan LTTE yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

“DAP menggesa saya sebagai Menteri Dalam Negeri supaya mengeluarkan LTTE daripada senarai kumpulan pengganas. Alasannya kerana LTTE tidak lagi wujud setelah pemimpinnya dibunuh di Sri Lanka. Dengan itu, anggota parti itu yang ditahan bolehlah dibebaskan.

“Saya bersimpati dengan nasib mana-mana kumpulan minoriti yang ditindas termasuk etnik Tamil di Sri Lanka. Sama jugalah saya bersimpati dengan kumpulan minoriti Islam yang ditindas di Timur Tengah, Eropah dan negara-negara lain.

“Tetapi sebagai Menteri Dalam Negeri, tanggungjawab utama saya adalah untuk memelihara keselamatan negara. Saya tidak boleh membiarkan sentimen peribadi saya mengatasi tanggungajwab saya kepada negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP Perak Nga Kor Ming yang sekali lagi memainkan naratif dengan mengaitkan PAS dan ‘negara Taliban’ bertujuan mengurangkan pengundi bukan Islam kepada Perikatan Nasional.

Media melaporkan Kor Ming sebagai berkata, sekiranya Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu yang berasaskan Melayu dan PAS berkuasa, Malaysia akan menjadi seperti ‘Afghanistan’.

Untuk rekod, seramai 12 individu ditahan polis pada 29 Oktober tahun lalu dan didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).

Antara 12 individu ditahan adalah dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), P Gunasekaran dari DUN Seremban Jaya dan G Saminathan (Gadek), daripada DAP.

Bagaimanapun, pada 21 Februari 2020, Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas membuat keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas LTTE.

Beliau menegaskan keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang sedang dihadapi mereka.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata DAP menjejaskan keselamatan negara demi kepentingan politik sempit mereka, dan tindakan itu langsung tidak bertanggungjawab.

Muhyiddin juga menjelaskan ketika 22 bulan pemerintahan PH Malaysia paling tidak aman dalam isu berkaitan perkauman dan agama kerana DAP tidak sensitif kepada perasaan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

“Sebaliknya, semasa Perikatan Nasional memerintah semasa 17 bulan, negara kita aman. Tidak ada isu perkauman atau agama yang timbul,” katanya.

“Jadi, jangan tanya saya lagi kenapa saya dan rakan-rakan yang lain dalam Bersatu keluar PH. Bagi saya, DAP atau PH tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai keamanan dan anti-keganasan.”

Kenyataan penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin 

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Warisan tak bersekongkol dengan parti lain: Azis Jamman
March 5, 2022
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok