Muhyiddin bidas satu lagi pembohongan dibuat PMX dalam isu belanja publisiti

November 9, 2023 · Politik

Dakwaan kononnya RM500 juta bagi tujuan publisiti dan pengiklanan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu lagi pembohongan secara terbuka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Untuk rekod, ia bukan kali pertama dakwaan dibuat terhadap kerajaan PN oleh Perdana Menteri kerajaan campuran, malah sebelum ini beliau mendakwa kempen pilihan raya gabungan itu ditaja dana judi tetapi gagal dibuktikan sehingga sekarang.

Muhyiddin mendakwa kenyataan perdana menteri itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali di Dewan Rakyat pada 14 Februari 2023.

Muhyiddin dalam kenyataan balasnya berkata, Armizan dalam kenyataan bertulisnya di Parlimen pada Februari lalu menyatakan Kerajaan Perikatan Nasional hanya membelanjakan RM181,752.20 untuk penjenamaan.

“Nampaknya, Anwar membuat kenyataan yang tidak munasabah dan bercanggah dengan kenyataan oleh Menteri di Parlimen. Saya mentadbir negara ketika Covid-19 melanda.

“Seingat saya penggunaan papan iklan besar, televisyen dan radio pada masa itu adalah untuk menyampaikan pesanan-pesanan mengenai bahaya Covid-19, maklumat berkaitan Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan untuk rakyat,” katanya.

Muhyiddin mengulas kenyataan Anwar di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa kerajaan membelanjakan kira-kira RM700 juta untuk perbelanjaan promosi dan publisiti semasa dua pentadbiran terdahulu.

Menurut Anwar, Muhyiddin menggunakan RM500 juta ketika pentadbiran beliau sementara bakinya adalah ketika pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pentadbirannya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Armizan turut menjelaskan hanya satu program sahaja dilaksanakan semasa pentadbiran Kerajaan PN memandangkan negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika itu.

Pada 25 Mei 2023, katanya, ketika Persidangan Dewan Rakyat, menteri yang sama telah memaklumkan tentang perbelanjaan terkini bagi program Malaysia Madani termasuk pengiklanan dan promosi iaitu sebanyak RM7.4 juta.

Sebaliknya, Muhyiddin mendakwa, Kerajaan Madani pimpinan Anwar yang tidak sampai setahun memerintah pada ketika itu berbelanja sebanyak RM489, 216.

Jawapan bertulis itu juga menyebut Kerajaan Keluarga Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM62 juta bagi tujuan yang sama.

Ahli Parlimen Pagoh itu menambah, walaupun pada awal tahun ini iaitu 29 April lalu, Anwar berjanji “tidak akan membazirkan wang negara” dengan memasang papan iklan besar namun lihatlah hari ini – billboard gergasi Madani terpampang di merata-rata tempat, di mana-mana sahaja.

“Justeru, kenyataan Anwar yang memetik sejumlah angka sebegitu besar kononnya dibelanjakan oleh kerajaan pimpinan saya untuk tujuan promosi adalah satu tuduhan liar bagi memburuk-burukkan imej Perikatan Nasional di mata rakyat.

“Perbuatan menuduh secara semberono merupakan satu lagi episod pembohongan Anwar yang jelas berniat jahat,” bidas Muhyiddin.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Ramai bekerja di Selangor datang dari Kelantan dan Terengganu: Shabery
June 19, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
10 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok