MT UMNO bincang tarikh PRU malam ini, bubar selepas bentang Bajet 2023?

September 30, 2022 · Politik

Majlis Tertinggi (MT) UMNO bakal bincang untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) malam ini dan dijangka pembubaran Parlimen dibuat selepas pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan.

Mesyuarat malam ini disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan berjalan seperti dijadualkan sebelum ini dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baharu pulang semalam daripada lawatan kerjanya ke New York dan Kuwait.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan pada hari ini (Jumaat),” maklumat Ahmad dalam akaun Twitternya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal mempengerusikan mesyuarat malam ini dengan dijangka semua Naib Presiden dan ahli-ahli MT lain akan hadir bagi memutuskan tarikh PRU-15 pada malam ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri memberitahu ‘top five’ akan berjumpa pada 30 September (Jumaat) akan diadakan bagi membincangkan tarikh PRU-15 dan disusuli pada malamnya mesyuarat MT UMNO.

Lima pemimpin tertinggi itu adalah Presiden, Zahid, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden – Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.

Sepatutnya mesyuarat MT UMNO diadakan pada 17 September lalu tetapi ditunda ke 30 September bagi memberi peluang Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti melakukan lawatan kerjanya.

Spekulasi kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan sebaik pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober depan walaupun berisiko ketika itu berlaku bencana banjir.

Namun, Zahid sebelum ini berkata UMNO sedia berkempen meredah banjir jika PRU-15 diadakan semasa musim bencana.

Laporan media tempatan juga membuat ramalan berkemungkinan pada 12 Oktober Dewan Rakyat akan dibubarkan bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari daripada hari pembubaran Parlimen untuk mengadakan PRU.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
11 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok