MP yang tentukan majoriti, bukan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

August 13, 2021 · Politik

Ahli Parlimen (MP) Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyanggah tindakan segelintir pihak mendesak untuk mendapatkan laporan angka majoriti dari Yang di-Pertuan Dewan Rakyat (Speaker) walhal MP yang sepatutnya menentukan majoriti tersebut apabila tiba undi usul percaya nanti.

Menteri Wilayah Persekutuan tindakan tersebut sepatutnya tidak berlaku dan menyifatkan ia sebagai mengelirukan kerana sudah diperkenan Yang di-Pertuan Agong supaya keabsahan kedudukan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diputuskan semasa sidang Parlimen pada September ini.

“Akhir-akhir ini terdapat berita pihak Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dikatakan memberi atau melaporkan angka-angka kedudukan jumlah sokongan kepada Perdana Menteri, sama ada kepada pihak tertentu yang meminta laporan atau kepada pihak media yang memetik sumber dan sebagainya.

“Perbuatan ini jika benar berlaku, amatlah salah dan mengelirukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Annuar, Speaker perlu mengikut kuasanya yang termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh diarahkan untuk mengikut sesuka hati yang diluar peraturan ditetapkan, malah jumlah sokongan hanya boleh diputuskan semasa sidang dalam Dewan Rakyat bukan sebelum sidang bermula.

“Pertama, YDP Dewan hendaklah bertanggungjawab mengikut kuasanya seperti dalam Perlembagaan. Bukan semua pihak boleh mengarahkan YDP Dewan melakukan sesuatu di luar peraturan.

“Kedua,jumlah sokongan adalah hak Ahli Parlimen untuk ditentukan melalui prosedur tertentu dan ia perlu ditentukan dalam sidang.

“Sebarang angka dirumus oleh YDP Dewan tanpa proses undian dalam dewan adalah bersifat andaian, spekulatif dan tidak konklusif serta boleh dicabar,” katanya lagi.

Annuar juga menggesa supaya menunggu keabsahan menerusi undi percaya di Dewan Rakyat berlangsung sebelum sebarang andaian terhadap kerajaan sedia ada dibuat pihak tertentu.

14 MP UMNO diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang merancang bersama blok pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta parti kecil lain yang cuba menumbangkan kerajaan PN ketika ini.

Setelah beberapa kali gagal untuk menumbangkan kerajaan PN, kumpulan Zahid dan Anwar dilaporkan mengutus surat terbaharu kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa Muhyiddin tidak mempunyai majoriti.

Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan rancangan Muhyiddin untuk mengemukakan usul percaya terhadap kepimpinan beliau bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri yang memiliki majoriti Parlimen.

Usul itu dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang bakal bermula 6 September ini.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
13 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok