MP PH tegur lagi kerajaan Anwar tak beri peruntukan pembangkang

March 2, 2023 · Politik

Ahli Parlimen (MP) Pakatan Harapan (PH) yang lantang menegur ‘bosnya’ hari ini (2 Mac 2023) menggesa kerajaan PH-Barisan Nasional (BN) bersikap adil kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti, termasuk kepada pembangkang.

MP PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pada masa sama menggesa supaya kerajaan meminda undang-undang bagi menjamin pemberian peruntukan yang adil kepada semua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, secara automatik.

Ketika membahaskan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh bertindak demikian sebaliknya perlu adil untuk memberi peruntukan kepada semua wakil rakyat.

Beliau menegaskan kerajaan perlu berlaku adil kepada semua ahli Parlimen atau berisiko menjadikan rakyat sebagai mangsa jika peruntukan tidak diagihkan kepada wakil rakyat pembangkang.

“Misalnya sekarang banjir di Johor. Negeri ini ada 26 Ahli Parlimen, 24 daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), manakala dua daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu di Pagoh dan Mersing.

“Sekarang bayangkanlah banjir di Mersing. Ahli Parlimen Mersing tidak diberi peruntukan, sedangkan yang lain (Ahli Parlimen kerajaan) dapat peruntukan.

“Jadi macam mana dia nak tolong rakyat dia? Bukan semua Ahli Parlimen kita kaya.

“Janganlah ‘kalau untuk kita boleh (beri peruntukan) tetapi kalau untuk lawan, pandai-pandailah.’ Tak boleh macam itu. Ini mesti adil,” katanya

Sebelum ini, Ahli Parlimen PN kerap mempersoalkan mengenai peruntukan wakil rakyat yang masih belum diterima mereka, berbanding amalan pemberian peruntukan secara adil kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, kerajaan perlu membuktikan perjuangan reformasi melalui tindakan, antaranya dengan melakukan pindaan undang-undang berkenaan.

“Sekurang-kurangnya saya nak rekodkan dalam Dewan ini, kita buatlah sesuatu yang betul iaitu perlu ada pindaan undang-undang. (Peruntukan diberi) automatik tak kira pembangkang atau kerajaan, hak kepada Ahli Parlimen diberi sama rata.

“Jangan kita aniaya, jangan jadikan rakyat kita mangsa. Saya ada besan dan menantu yang tak sokong parti yang saya wakili, tetapi sokong PAS atau PN. Janganlah hukum mereka.

“Di Terengganu, ramai waris saya juga. Ertinya kita bagi peluang yang adil kepada semua,” katanya sambil disahut sokongan Ahli Parlimen pembangkang.

Hassan sebelum ini mengkritik Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersekongkol dengan UMNO yang disifatkannya sebagai kelompok kes jenayah, dalam menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Beliau juga mengakui akhirnya sedar tertipu dengan perjuangan pengasas reformasi Malaysia itu yang kini sanggup menggadai prinsip demi mendapatkan kuasa.

Menyifatkan beliau selama ini tertipu dengan laungan ‘reformasi’ yang dibawa Anwar, Hassan juga seolah-olah menyesal kerana beliau turut terlibat meuar-uarkan prinsip itu ke seluruh ceruk rantau, mengajak rakyat memberi sokongan.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Timbalan Menteri DAP gagal jawab soalan di Dewan Rakyat, elok letak jawatan
March 27, 2023· Isu semasa
MUDA muatnaik surat mohon masuk PH, harap Saifuddin baca di FB
March 24, 2023· Politik
Popular
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
March 29, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu tuduh lawatan Muhyiddin gagal, kunjungan Anwar pula?
26 minit lalu · Politik
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri, timbalan menteri cuai, jangan salahkan pegawai gagal jawab isu RMT
23 minit lalu
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok