MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan

September 29, 2023 · Politik

Polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How menghina agama Islam dengan mentafsir sendiri ayat al-Quran, kata Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata pemimpin DAP itu disiasat mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ia ekoran perkongsian tular videonya menafsir dan mengulas berhubung ayat suci al-Quran walaupun bukan beragama Islam.

“Lee telah selesai diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada Selasa lepas dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dipetik laporan Bernama.

Ayob Khan terdahulu menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Dalam video itu, Howard juga membidas PAS dan menuduh presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang menunggang agama, sambil memetik ayat untuk memberitahu umat Islam tentang kewajipan mereka untuk menyokong kerajaan Anwar.

Klip video itu menimbulkan kritikan pedas terhadap pemimpin DAP itu di media sosial malah pemimpin PAS termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang membandingkan tindakan Howard dengan Basuki Tjahaja Purnama dari Indonesia, bekas gabenor Kristian Jakarta yang dihukum penjara selepas beliau memetik ayat al-Quran untuk mengecam pengkritiknya.

Laporan polis dibuat bagi menyiasat video tersebut kerana menggunakan ayat al-Quran.

Howard juga sudah menurunkan klip video tersebut dari akaun TikToknya, selepas semakan terkini dibuat Agenda Daily.

Berita berkaitan
PAS bidas propaganda Kit Siang main isu PM bukan Melayu
1 jam lalu· Rencana
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
6 jam lalu· Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023· Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023· Politik
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Kampung Melayu lenyap: Apa motif DAP bawa pakar Singapura masuk KPKT?
January 21, 2023
Lagi Politik terkini
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
2 jam lalu · Politik
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023 · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok