Mesyuarat tergempar MT UMNO secara maya diadakan esok

August 2, 2021 · Politik

Satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO akan diadakan secara dalam talian esok (3 Ogos), ia bagi membincangkan mengenai isu-isu politik terkini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, Ahmad memaklumkan mesyuarat dijadual berlangsung pada pukul 4 petang.

“Tentunya mesyuarat tergempar ini (adalah) untuk membincangkan isu politik terkini. Antaranya hal kenyataan media Istana Negara, warkah Yang di-Pertuan Agong dan juga isu darurat, ordinannya serta penangguhan sidang Parlimen,” katanya.

Sabtu lepas Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Mesyuarat ini yang kedua kali akan berlangsung secara selepas 8 Julai lalu dimana UMNO sekali lagi mengumumkan keputusan yang seakan sama semasa ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 tetapi kali ini dengan lebih keras menuntut supaya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur secara terhormat dan memutuskan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok