Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong

June 1, 2023 · Politik

Kumpulan parti Melayu yang kini berada dalam kerajaan campuran bersama Pakatan Harapan (PH) disifatkan mereka yang mudah lupa, kata Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata UMNO menyokong PH yang didalamnya terdapat DAP walaupun sebelum ini membuat penafian kononnya akan bekerjasama dengan parti yang menjadi musuh tradisi mereka sejak sekian lama, tetapi kini akhirnya sudah lupa dengan kata-kata mereka.

“Terdedah kini bahawa Melayu yang menyertai Pakatan Harapan (PH) ialah Melayu yang mudah lupa, khususnya para pemimpinnya juga mudah lupa.

“Banyak kenyataan mereka yang terdahulu dilupakan, terbukti dengan nyata dan benar sekiranya kita merujuk kepada kenyataan awal mereka sebelum menjadi kerajaan dan selepas menjadi kerajaan.

“Antara yang terawal ialah kenyataan bersemangat yang dilaungkan oleh pemimpin UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), berulang kali di hadapan para perwakilan dari seluruh negara. Laungan yang diulangi, “No DAP! No Anwar!”

“Kini, pemimpin UMNO pula bersekongkol dengan mereka yang dilaungkan itu dengan penuh mesra dan akrab, malah membuat kenyataan untuk bersama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga membelakangi dasar dan perjuangan parti,” katanya dalam kenyataan di hantaran Facebook.

Hadi juga membidas PKR yang kononnya melawan rasuah dan kronisme tetapi kini sanggup duduk bersama bersama kumpulan yang mereka lawan sebelum ini.

“Adapun kalangan PKR pula berdegar-degar dengan laungan “Reformasi!” dan berjuang ingin menghapuskan rasuah, salah laku, kronisme, nepotisme, dan lain-lain. Rupa-rupanya, apa yang mereka lakukan itu laksana lakonan semata-mata.

“Tiba-tiba, PKR pun bersekongkol dengan kelompok yang mengamalkan kronisme, nepotisme, dan banduan yang telah dihukum serta kluster mahkamah bagi mencukupkan jumlah untuk menubuhkan kerajaan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, Hadi berkata orang Melayu dan bukan Melayu mesti menolak pemimpin yang berbohong.

“Maka, penganut Islam tidak boleh menyokong pembohong, bahkan bukan Islam yang bermaruah juga sama-sama tidak boleh menyokong pembohong,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
30 minit lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok