MB Terengganu bidas wakil DAP, Hannah Yeoh keluar kenyataan berbaur ugutan

August 9, 2023 · Politik

Kenyataan pemimpin DAP, Hannah Yeoh yang disifatkan berbaur ugutan kepada pengundi Selangor dibidas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menteri Besar Terengganu itu merujuk kepada klip tular ucapan Yeoh, di mana beliau memberi amaran kepada pengundi di Selangor supaya tidak “menghukum” Pakatan Harapan (PH), lapor MalaysiaNow.

“Kamu tidak menghukum Pakatan Harapan, kamu menghukum diri kamu sendiri jika kamu memilih untuk menyingkirkan menteri besar dari PKR yang anda ada hari ini dan menukarnya kepada Menteri Besar PAS.

“Kamu tidak menghukum saya, kamu menghukum cucu dan anak kamu di Selangor.

“Kita hanya tiga ada negeri, mereka tidak rugi. Kita yang akan rugi semuanya jika hilang tiga negeri ini. Jadi kita mesti selamatkan tiga negeri ini. Kamu mesti keluar sebagai pembela untuk mempertahankan negeri bernilai ini dengan rizab dan sumber bernilai untuk kegunaan kecemasan,” Yeoh memberitahu dalam satu ceramah kempen.

Sambil menyifatkan ucapannya sebagai “amat jahat”, Samsuri berkata gambaran Yeoh tentang pesaing politik PH adalah ancaman kepada keharmonian kaum.

“Kempen sebegini mengulangi sekali lagi kempen politik tidak sihat yang telah dibuat oleh Lim Guan Eng yang mengatakan sekiranya gelombang hijau menang, maka akan dirobohkan kuil-kuil,” katanya, merujuk kepada ucapan kontroversi Lim di Pulau Pinang bulan lalu, yang mana pengerusi DAP itu di siasat kerana menghasut.

Polis masih belum mengumumkan sama ada pertuduhan akan dikenakan terhadap Guan Eng lebih sebulan sejak siasatan itu dibuka.

Samsuri berkata peraturan yang sama harus dikenakan kepada semua orang “sama ada anda kerajaan yang memerintah atau pembangkang”.

“Saya mengambil kesempatan pada hari ini, mengajak dan menasihati para pemimpin politik untuk tidak menggunakan kempen politik ugut sebegini, berkempenlah secara sihat dan matang dalam memastikan keharmonian kaum dapat dijaga.

“Saya juga berharap rakyat Malaysia tidak termakan dengan politik sebegini yang sudah pasti merendah-rendahkan intelektual rakyat dan tidak madani. Budaya politik kuno sebegini wajar dinoktahkan,” tambahnya

Berita berkaitan
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
22 jam lalu· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
3 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
6 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
34 minit lalu
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok