MB Perak BN baharu teruk kena bahan di media sosial

November 22, 2022 · Politik

Pembentukan kerajaan negeri BN-PH di Perak dan pelantikan Datuk Seri Saarani Mohamad dari BN – gabungan yang hanya menang 9 kerusi DUN Perak – sebagai menteri besar menerima pelbagai reaksi di media sosial.

Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) mendapat 24 kerusi.

Rata-rata warganet tidak boleh menerima hakikat kemenangan PH dan PN di negeri Perak pada PRU-15, Sabtu lalu itu berakhir dengan lantikan wakil BN sebagai menteri besar.

Kenyataan Saarani semalam, menambah lagi reaksi warganet yang mendakwa beliau hanya mengejar jawatan hingga sanggup mengkhianati pengundi.

“BN bersedia menjadi pembangkang sebab kami sedar diri yang kita kalah. Tetapi bila ada mana-mana parti yang tawarkan kami untuk bentuk kerajaan dan memberi peranan kepada kami untuk turut serta dalam pentadbiran kerajaan, sudah semestinya saya kena terima.

“Kalau tak terima, tentu ahli (BN) akan kata saya bodoh. Betul tak? Tapi peranan yang ia bagi itu sesuai pada saya sebab saya (sebelum ini) orang yang mengendalikan agenda Perak Sejahtera 2030. Jadi, saya nak teruskannya dan sebab itu saya terima,” katanya pada sidang media selepas Istiadat Mengangkat Sumpah di Istana Iskandariah, semalam.

Ramai yang melahirkan rasa tidak puas hati atas lantikan tersebut.

“Dia kalah teruk dia yang beria. Macam mana orang Perak majoriti tak undi dia tapi dia dapat jadi MB?”

“Kesian Perak dapat MB markah paling corot tapi tinggi cita-cita.”

“Penyokong UMNO boleh beralih ke PN PRU-16 pakat-pakat humban pemimpin yang hanya gilakan jawatan dalam UMNO.”

“Sedih melihat Pemimpin UMNO sedang membunuh UMNO dari dalam.”

“Oh nak (jawatan) MB rupanya…cakaplah awal-awal, kita beli kerusi MB banyak-banyak.”

“Awak itu kemaruk nak jadi MB. Kalau pegang prinsip tak macam ini. Mudah.”

“9 kerusi saja menang tapi dibagi jawatan menteri besar oleh PH…haha boneka saja orang kita, setakat itu saja mampu untuk dapat jawatan. Melayu senang ditipu.”

Sebelum ini, ketika tempoh berkempen PRU-15, Saarani yang juga ADUN Kota Tampan mengingatkan pengundi agar tidak silap memangkah yang boleh membawa padah.

Beliau menyentuh soal PN dan PH dua gabungan yang sama meski berbeza lambang namun ternyata kata-kata itu berbalik kepada dirinya sendiri.

“PRU14 merupakan episod ngeri kepada rakyat. Bukan sahaja ditipu dan diperdaya malah keputusan PRU14 menjadi jalan kepada pemimpin Pakatan Harapan melepaskan pemimpin mereka dari pendakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kini PH Kembali semula dalam dua bentuk berbeza. Satu gabungan antara DAP, PKR dan Amanah, dan satu lagi antara PPBM, PAS dan Gerakan dengan nama Perikatan Nasional.

“Mengaku atau tidak, PN ini dikepalai oleh PPBM iaitu parti tonggak kepada PH pada PRU yang lepas. Lambang dua gabungan ini mungkin berlainan tapi wajahnya sama, identitinya sama serta tipu dayanya pun sama.

“Oleh itu jangan tersalah pilih. PN ini tugasnya hanya satu mencuri penyokong Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan PH. Mengundi untuk PN bermakna menyokong Pakatan Harapan,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok