Macam mana Zahid nak jadi PM jika arahan pun tak diikuti?

March 31, 2021 · Politik

Bagaimana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hendak menjadi Perdana Menteri (PM) Malaysia jika beliau sendiri pun ‘kurang sifat kepemimpinan’, persoal Ahli Parlimen UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz.

Beliau berkata, sudah jelas semua menteri UMNO sepatutnya meletak jawatan selepas parti memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu bagaimanapun sebaliknya yang berlaku.

“Tetapi presiden tidak ada kepemimpinan untuk mengarahkan mereka berbuat demikian. Adakah beliau bimbang mereka tidak mahu ikut arahan beliau?” soal Nazri yang dipetik portal Free Malaysia Today.

Nazri berkata tidak menjangka Zahid akan mengarahkan semua menteri berkenaan untuk meletak jawatan dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini menampakkan UMNO sebagai ‘harimau kertas’ selepas ‘mengaum’ di PAU2020,” kata Nazri.

Menurut Nazri lagi Presiden UMNO yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu faham prinsip akauntabiliti moral dan ‘buat perkara yang betul’.

“Beliau mungkin dipilih melalui demokrasi, tetapi ada juga akauntabiliti moral. Sekiranya kamu didakwa di mahkamah, kamu mesti melakukan apa yang terbaik bagi parti,” katanya lagi.

Awal pagi tadi, Perdana Menteri mengumumkan semua 14 menteri UMNO dalam Kabinet beliau menerima nasihat untuk kekal berada dalam pentadbirannya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok