Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15

August 7, 2022 · Politik

Parti Warisan dijangka bertanding di lima kawasan di Perak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), kata pengerusi negerinya Datuk Seri S.Sunther.

Beliau berkata bagaimanapun, kawasan yang akan ditandingi sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum diputuskan dan tertakluk kepada perbincangan akhir bersama peringkat negeri dan pusat dalam masa terdekat, lapor Bernama.

“Penting untuk kita buat analisis kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi. Kita tidak mahu apa yang terjadi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berulang. Kita perlu ada pelan strategik dan buat pemilihan atau keputusan yang betul,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 18 Jun lepas, Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika menerima borang keahlian parti di sini memaklumkan parti itu hanya akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN Perak yang diyakini mampu mencapai kemenangan.

Mohd Shafie berkata Warisan tidak akan bertanding di semua kerusi yang ada dan perlu selektif untuk kerusi yang diyakini boleh dimenangi selain kepimpinan negeri perlu giat memperkuat parti yang setakat ini lima bahagian telah digerakkan sejak tahun lepas iaitu Tambun, Ipoh Barat, Ipoh Timur, Parit serta Padang Rengas.

Dalam perkembangan lain, Sunther menafikan dakwaan kononnya terdapat kira-kira 600 ahli daripada lapan bahagian di negeri ini mengisytiharkan keluar parti berkenaan hari ini selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan.

“Kebanyakan mereka bukan ahli, hanya segelintir. Kita pernah bertemu beberapa orang yang dipercayai ketua kumpulan tersebut yang membantu parti mencari ahli baharu tetapi kita tidak pernah memberi jawatan, atau melantik mereka (sebagai ketua cawangan atau bahagian),” katanya.

Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Penyelaras Warisan di Semenanjung Dr Rajiv Bhanot berkata Warisan perlu mengambil pendekatan realistik jika parti itu mengambil keputusan bertanding pada PRU15 di Semenanjung.

“Kami mahu bertanding di kerusi strategik yang kami rasa parti mempunyai peluang besar untuk menang. PRU15 juga merupakan detik permulaan parti Warisan di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun, Kelantan kekal
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Pegawai Zahid bidas Isham Jalil buat gelabah selepas UMNO kalah PRN
August 18, 2023
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok