Kongres DAP tangguh sehingga berakhir PKP 3.0

June 16, 2021 · Politik

DAP akan menangguhkan Kongres Kebangsaan yang dijadualkan pada 20 Jun ini bagi mematuhi arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) penuh yang sedang berjalan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke berkata surat balas yang dihantar Ketua Pengarah ROS meminta pelaksanaan sebarang mesyuarat pertubuhan bedaftar termasuk parti politik ditangguhkan sepanjang pelaksanaan PKP penuh.

“Ibu Pejabat Kebangsaan DAP telah menerima surat balas daripada Ketua Pengarah ROS, Haji Jasri bin Kassim yang bertarikh 11 Jun 2021 terhadap rayuan untuk menangguhkan Kongres Parti DAP.

“Dalam surat tersebut, ROS memutuskan bahawa pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi semua pertubuhan berdaftar termasuk parti politik hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP 3.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, ROS juga meminta DAP untuk mengemukakan tarikh baharu selepas berakhir tempoh PKP nanti.

“ROS juga menghendaki pihak kami untuk mengemukakan cadangan tarikh pelaksanaan Kongres Parti DAP yang baru dan SOP tambahan sebaik sahaja tempoh PKP berakhir,” katanya.

Loke memberitahu tarikh baharu Kongres parti akan diumumkan selepas tamat tempoh PKP nanti.

“Sehubungan itu, tarikh baru Kongres Parti DAP hanya boleh ditentukan selepas tempoh PKP ditamatkan oleh kerajaan,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
11 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok