Klip audio tular Idris-PM dedah perebutan kuasa UMNO Melaka

October 12, 2021 · Politik

Klip audio tular berdurasi tujuh minit dalam media sosial antara bekas Ketua Menteri (KM) Melaka Datuk Seri Idris Haron dengan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan situasi sebenar yang sedang berlaku di Melaka.

Daripada perbualan kedua-dua pemimpin UMNO tersebut, ia secara tidak langsung mendedahkan perebutan kuasa melibatkan Idris dengan KM Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang didakwa sekadar menjadi budak suruhan kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Suara mirip Idris dalam perbualan telefon tersebut mengadu rasa tidak puas hati terhadap Sulaiman yang didakwa tidak mengutamakan kepentingan rakyat di Melaka dan banyak keputusan kerajaan negeri dipengaruhi oleh Rauf.

Suara mirip Ismail Sabri dalam klip tersebut pula cuba memujuk Idris agar menarik balik keputusannya untuk tidak menyokong Sulaiman sehingga mengakibatkan tercetusnya kemelut politik di Melaka.

“Kalau kau jadi withdraw (tarik balik) kau jumpa aku,” kata suara mirip PM dalam klip tersebut.

Suara mirip Idris kemudiaan membalas, “At the moment, I don’t think so (Ketika ini, saya rasa tidak).”

Selain itu, suara mirip Ismail Sabri juga menegur Idris dengan menegaskan pendirian UMNO yang tidak akan bekerjasama dengan DAP di Melaka, malah di peringkat kerajaan pusat langkah sedemikian tidak akan berlaku.

Selain itu, Ismail Sabri turut mengakui diberikan tekanan oleh pihak tertentu supaya mewujudkan kerajaan perpaduan dengan DAP namun cadangan tersebut ditolak dan menegaskan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan DAP atau mana-mana parti pembangkang lain.

Dalam perkembangan lain, Idris menafikan sebagai individu dalam klip audio yang tular tersebut.

Pada 4 Oktober lalu, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang bersama tiga lagi wakil rakyat menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Sulaiman.

Langkah tersebut mengakibatkan kerajaan negeri yang dipimpin UMNO itu tumbang dan kini Dewan Undangan Negeri (DUN) juga sudah dibubarkan oleh Rauf yang juga Speaker DUN Melaka.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok